Credit Picture by : rzleyheshoots
Lama rasanya tak menaip.. maklumlah idea kalo tak der artikel tah ape-ape jerk yang dipos.. asal aktive hahaha.. tergerak hati nak update pasal Nisfu Syaaban yang jatuhnya pada malam ini.. bukan nak tunjuk alim tahap gaban kalau bab nak cerita bab agama nie sebab diri ini pun jahil gila bab agama.. cuma menguntip dan pelajari dari apa yang ada semoga ia sedikit sebanyak dapat menjadi bekalan untuk kehidupan kelak.
Tengok kat Facebook sejak semalam kecoh orang dok post pasal Malam Nisfu Syaaban.. pelik..?? tak pelik sangat lah sebab itu pertanda yang orang-orang yg asyik online Facebook dah peka dengan kejadian dan sejarah Islam.
Bulan
Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga
merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah
menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk
meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan
untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan
adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban
dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan
masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan
untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya
Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang.
Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban
dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah;
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya..
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab,
“Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana
dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”
* Semoga malam ini menjadi malam terakhir untuk kita mengubah hidup kita menjadi lebih baik isyallah jika kita dipanjangkan umur..
1 comment:
InsyaAllah, terima kasih kongsi tentang malam ini, saya pun masih belajar dan jahil dalam agama. semoga kita sama2 mendapat hidayah dan berusaha untuk mengejar akhirat bukan dunia semata2 :)
Post a Comment