Nuffnang Ads


Friday, October 12, 2012

Final Piala Malaysia 2012 : Kelantan vs ATM




Tahniah buat pasukan kijang yang melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan cemerlang sekali.. menundukan juara 32 kali Selangor, dengan corak permainan yang mantap dan strategi berpasukan yang baik membolehkan Kelantan kini menjadi pasukan bola sepak no satu Malaysia.





Pertemuan akhir nanti skuad Al Jabaar akan bertemu dengan pasukan Si Pewira Negara.. ATM yang sememangnya musim ini dibarisi bintang-bintang hebat bola sepak tanah air.. apa pun misi ATM yang lebih penting adalah kemarau 49 tahun mereka di final sudah lebur.. sasaran mereka adalah membawa Piala keagungan bola sepak negara yang juga piala tertua di Asia ke dalam Kem!

Berada di stadium shah alam menyaksikan pertembungan separuh akhir ke dua Selangor dan Kelantan buat kali pertama memang satu pengalaman yang menarik.. dua musuh tradisi yang sememangnya mempunyai sokongan penonton yang luar biasa.. kehadiran ke stadium untuk melihat sendiri keganasan penyokong kelantan seperti dikhabarkan sebelum ini nampaknya silap.. penyokong kelantan nampak lebih tertib dan sopan berbanding penyokong selangor.



Tekanan munkin menyebabkan penyokong Selangor bertindak diluar batas sehingga ada yang bertindak melemparkan objek-objek yang tidak sepatutnya dipadang.. cacian dan makian kedengaran dari mula sepak mula sehingga tamat.. beza dengan penyokong kelantan.

Apapun tahniah buat Kelantan..


No comments: