Nuffnang Ads


Tuesday, November 27, 2012

Dimana taraf kedudukan Jersi Harimau Malaya



Sebelum sepak mula Piala AFF 2012 membuka tirainya FAM dan Nike Malaysia telah melancarkan jersi baru untuk pasukan Malaysia, Hitam Kuning warna yang sememangnya warna sejak dahulu digunapakai sebagai warn rasmi skuad sukan Malaysia tak kira sukan bola, badminton, olimpik, komenwel atau sebagainya.




Dan sejak akhir-akhir ini pula dilihat skuad Harimau Malaya seolah2 meminggirkan jersi Hitam Kuning kebangga rakyat Malaysia ini untuk digunapakai ketika perlawanan malah lebih suka pulak memakai jersi yang sepatutnya digunakan diluar kawasan Malaysia iaitu Biru, Putih Merah.



 Penyokong ibarat dikencing hidup2 dengan datang dengan semangat jersi hitam kuning tapi dipadang hanya bola yang kuning..


Agak cacat dan terancat mata memandang dikala penonton yang datang ke stadium memakai Jersi Hitam Kuning sedangkan yang bermain dipadang memakai baju biru, seolah-olah memainkan rakyat Malaysia dengan melancarkan jersi serba baru menyuruh rakyat beli jersi design baru sedangkan mereka mengunakan jersi lain untuk bermain.

Diharap pihak FAM dapat mengambil perhatian terhadap isu jersi ini kerana jika ia dibiarkan berlarutan takut2 esok ada yang datang ke stadium pakai baju raya..!!




Cukup sekadar ambik duit rakyat untuk jualan tiket yang tah ape2.. jgn pula bazirkan duit rakyat dengan jersi yang tak guna-guna..


No comments: