Nuffnang Ads

Tuesday, December 11, 2012

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.. Al-Fatihah..



Negara kehilangan seorang yang cukup sinonim dengan pengumuman bulan puasa, raya puasa dan haji, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah bekas penyimpan mohor besar raja-raja melayu pergi buat selama-lamanya semalam akibat sakit tua.

Saban tahun menjelang bulan ramadhan dan syawal kehidupan kanak-kanak sehinggalah dewasa wajah beliau sering dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia bagi mengetahui tarikh berpuasa dan hari raya, sejak beliau bersara terasa kehilangan yang amat sangat bagi kita semua.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.


al-fatihah buat arwah


 


No comments: