Nuffnang Ads

Monday, December 10, 2012

Tok Guru Nik Aziz nikahkan Khairul Fahmi Che Mat



Tinggal beberapa hari saja lagi Majlis Perkahwinan Penjaga Gol no satu Negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal berlangsung tanggal 28 Dec bakal menjadi sejarah buat Apek dan Leuniey.

Berita ini telah disahkan ayahnda Leuniey, Nazri yang baru saja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.



"Alhamdulillah, insya-Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan.
Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.




Sementara itu, Nazri turut mengesahkan bahawa pelamin bagi majlis pernikahan dan resepsi telah pun mendapat penajaan sepenuhnya dari N Touch Trade dan Bright Sail.




Kelas Kau Jah!!!