Nuffnang Ads

Wednesday, December 5, 2012

Misi Solidariti Gaza Aman Palestine.. Selamat pergi dan pulang..



Rombongan jihad Aman Palestine Malaysia ke Gaza bagi menyalurkan bantuan yang telah disumbangkan oleh Rakyat Malaysia kepada penduduk islam Palestine berlepas dari KLIA malam tadi, seramai 111 orang layak dan lulus untuk menyertai misi yang dianggap penuh dengan cabaran selang beberapa minggu gencatan senjata oleh tentera Israel.

Aman Palestine Malaysia membawa bekalan RM 1.8 juta ringgit hasil sumbangan rakyat Malaysia kesana.. 111 orang yang menyertai misi ini akan melakukan kerja pengangihan dan bantuan ubatan dan perubatan terus kepada mangsa serangan zalim tentera Israel.


Keseluruhan wang bantuan ini akan digunakan bagi tujuan berikut:
1. pembelian ubat-ubatan untuk keperluan hospital
2. bantuan terus kepada mangsa perang
3. bantuan terus kepada keluarga miskin dan anak-anak yatim
4. bantuan terus kepada para nelayan dan petani











Semoga selamat pergi dan pulang kepada mereka. amin..



No comments: