Hola guy's - pagi yang sungguh tak best.. gigi aku sakit... tiba2 aku teringat akan cendol di bangunan merah kat melaka nie pepagi buta.. haha.. pastu terbaca plak si yuyun tanye citer pasal cendol yang aku janjikan.. hehehe.. jgn harap aku nak cerita kalo tak jumpe face to face hahaha...
Korang semua mesti taw kan rupa paras dan kesedapan sesemangkuk cendol macam mana kan.. bagi yang tak kenal cendol, korang kini berada dikelas mengenali makanan haha.. cendol adalah makan yang paling banyak boleh didapati di asia tenggara nie..tapi aku masih tak taw dari mana dtangnya cendol nie..
Dalam aku dok mencari2 makumat tentang cendol aku pun jumpe la atikel sejarah berkenaan cendol nie.. haaa ape lagi jom baca!!! Sejarah!!!
Nama asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand (bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan Thai maka ramai penduduk negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.
Cendol Jam Besar!!
tajuk diatas merujuk kepada sebuah store cendol yang paling best pernah aku rasa... memang terbaekk lah!! belum pernah ada lagi cendol yang aku hadamkan dalam perut nie sesedap cendol berkenaan <-- ayat nie serius wonderpets..!! tak tipu..!!!
Lokasi ..?? depan bangunan merah.. tempat air pancut.. tapi aku tak nampak plak menara jam.. kenapa dia diberi nama cendol jam besar!! jgn dipikirkan akan nama itu.. yg pasti sedap!!
Apa yang korang akan dapat dalam semangkuk cendol jam besar ialah cendol.. haah cendol lah tak kan bihun plak kan.. yg bestnya cendol dia nie lembut.. aku rasa dia proses sendiri..lepas tu ader jagung <-- same jerk ngan cendol lain haha.. pastu kacang merah yg comel.. memang sedap... sebab sebelum nie banyak2 cendol diorg buh kacang merah yg gaban besar!! kat sini kacang merah dia comel..!!
berkenaan harga .. murah jerk rm1.20 untuk semangkuk cendol yg normal.. dan Rm 1.80 untuk cendol yang dimix pulut.. soo korang try lah kalo ke melaka yeh!!
2 comments:
ho... siap mention name wa... tu yang tatahan tuhh,,, aku bace kejap je... sebab aku tak suke nak bace sejarah skang... yang penting, ko kene bawak aku g makan seafood ngan CENDOL! ok~ i lap u lah shiro!
cendol durian weih kat sek.26 tu yumi!!!
Post a Comment