Nuffnang Ads


Tuesday, August 24, 2010

Jambatan ke Langkawi : Kisah Dongeng Kembali



Dua tiga hari lepas kecoh betul pasal ada syarikat yang bersedia melabur untuk pembinaan jambatan yang akan menghubungkan tanah besar semenanjung ke pulau langkawi. tapi ianya dibantah oleh bekas perdana menteri tun dr' mahadir kerana dengan adanya jambatan itu kelak akan menjejaskan kesucian pulau lagenda berkenaan. tk per skang korang tolak tepi apa yang diperkatakan berkenaan dengan apa yang dicakap oleh tun.. korang mesti teruja bagaimana sebuah jambatan sepanjang 48 kilometer merentasi laut..?? memang gile kan..??


okeh.. gambar wang diatas adalah sebanyak USD 6.3 billion bersamaan RM 20.16 billion duit malaysia.. kalo korang rajin.. cuba bayangkan banyak mana duit kalo RM 150 bilion..??

aku rasa orang gila pun tak kan pikir benda-benda gila macam nie.. tapi benda yang mustahil tidak munkin tak jadi kan.. tapi harus diingatkan kos untuk membina jambatan berkenaan bukan seposen dua.. tapi hampir RM 150 billion... <-- bukan RM 150 juta okeh!! berapa banyak nombor kosong kalo RM 150 billion..??  nie dia.. RM 150, 000, 000, 000, 00 <-- banyak kan..??


Jambatan Donghai, Panjang 32.500 M, Jembatan terpanjang di Asia dan juga jambatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China.




tolak tepi berkenaan duit yang banyak kosongnya tu.. skang korng pikir plak rupa bentuk jambatan tu nanti.. ader stesen minyak ke tak sepanjang 50 KM tu..?? R&R dia plak.. pastu kadar tol nya plak untuk lalu kat jambatan tu nanti..?? boleh botak gak kepala bila pikir..


* baik aku pikir baju raya tahun nie warna ape erk..??

secara rumusanya adakah ia akan menjadi realiti..?? macam jambatan pulau pinang..?? atau hanya kisah dongeng yang kembali seperti projek jambatan dari dumai, indonesia ke melaka..?? aku hanya boleh membayangkan dan gelak..!!











No comments: