Nuffnang Ads


Monday, August 9, 2010

salam ramadhan al-mubarak...

tinggal beberapa jam jerk lagi untuk semua umat islam yang wajib akan menyambut bulan yang paling dinanti-nantikan, bulan dimana umat islam akan mengumpul ibadat sebanyak munkin untuk menampung apa yang tidak tertampung sepanjang tahun selepas ramadhan yang lalu.. kiraan detik bulan ramadhan akan sampai dipenghujungnya esok bila tarikh dan hari untuk melihat anak bulan ramadhan akan belaku esok.. 

so.. apa persiapan korang untuk ramadhan kali ini..?? dah buat ker time table untuk jadual buka pose dimana..?? dan rancang ker hari-hari untuk terjah bazar ramadhan yang sememangnya pesta makanan yang paling meriah kat malaysia nie.. atau munkin sudah ada yang memikirkan akan tema keluarga tahun nie nak pakai baju raya warna apa kan..??

murtabak, air tebu, ayam golek dan tepung pelita sudah pasti menjadi pilihan untuk berbuka.. bertapa syok gilanya bila seharian berpose dan mengira waktu berbuka bila melihat makanan dibazar ramadhan.. perghh terliur dibuatnya.. apa pun kita kena fikir juga.. jgn mengikut nafsu sendiri jerk.. cuba kita fikir sama pada mereka yang dalam kesusahan.. berdoalah untuk mereka.. dan bergembiralah dengan mereka..

akhir kata.. aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia.. ramadhan al-mubarak pada sahabat2 mahu pun musuh dalam dan luar selimut semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelum ini..


* dah start dengar lagu raya kot!!!

2 comments:

rozaini said...

esok tgh ari jom pelita weh!!!! ade beran!!!

kenshiro said...

hidup lagi antu nie.. mana ko menghilang nie weih.. pelita mana..?? klcc kah..?? =))