Nuffnang Ads


Wednesday, October 27, 2010

Hikayat Merong Mahawangsa

 Kenshiro Mempersembahkan
KRU STUDIO MEMPERSEMBAHKAN

Hikayat Merong Mahawangsa

Sinopsis
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.


Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Pengarah
Yusry KRU

Lakonan
Stephen Rahman Hughes,Dato' Haji Rahim Razali,Khir Rahman,Ummi Nazeera,Nellie Ng,Jehan Miskin,Umie Aida,Kuswadinata,Mano Maniam 


* dato rahim razali nampak cool!!!


* mano maniam selalu tgk dia dlm rancangan bual bicara di awani.. haha.. hambek kau pakai sarban!!


* Orang kuat disebalik HMM


Nie review yang aku wat khas utk movie yang akan keluar.. tak nak komen sekarang sebab aku kena tengok dulu filem nie lepas tu baru komen.. dengan ini aku menyeru akan pada semua orang-orang melayu pergi la ke panggung untuk menonton cerita ini.. kerana dia hebat.. bukan saja suruh pergi tgk untuk tgk teknik pembikinan filem tercanggih.. tapi pergi tengok dan cuba fahami sejarah negara yang tercinta nie. semoga HMM box office~!! kalau tak dapat RM 40 juta dapat RM 10 juta pun dah kire untung..!! hidup KRU..




"jangan lupa tgk review 2 alam dari Dr' Rozmey diatas artikel ini"

No comments: