Nuffnang Ads

Sunday, October 24, 2010

Selamat jalan Starbucks.. Welcome Old Town White Coffee



Ini adalah cerita pasal makan.. bukan pasal kempen boikot barangan israel yaa.. dan suka diingatkan disini kalau cerita bab makan aku lah naga.. yang memang hebat dalam bab makan-makan.. itu memang tidak payah nak diragui lagi.. dan hari nie nak kasi taw sama korang semua yang Old Town White Coffee adalah Kopitiam yang terbaek lagi montok di Malaysia ketika ini..

Kalau dulu orang nak kuar duit berpuluh hengget minum kopi kat starbucks.. bangga sampai basah2 ketiak now.. tak payah nak bangga lagi sebab ader port baru yang memang gile best utk mengantikan tempat Starbucks.. 



Old town White Coffee bertapak sejak tahun 1958 di Ipoh, Perak.. daripada warung kecil tepi jalan.. sekarang dia dah ader dekat 100 cawangan seluruh Malaysia termasuk Singapore!! hebat kot!! daripada orang tak kenal sampai lah menjadi ketagih.. daripada yang tak pernah minum kopi skang dah hobi kopi... dia lah punya angkara..


Kebanyakan kopi yang dijual dini memang boleh masuk tekak rakyat Malaysia.. kirenya taste on malaysia.. kalo nak lawan coffe bean atau gloria jane cafe tu memang elok benar.. yang lebih mensukacitakan lagi menyeronokan ialah menu kat old town nie lagi best dari menu2 yang ada kat kedai2 kopi lain.. dengan roti bakar garing bersulam kayanya sampailah ke nasi kukus 20 minitnya memang membuatkan korang akan datang balik ke old town nie.



Bercakap pasal harga.. bagi aku harga kat old town adalah standard lah.. kire berbaloi lah dengan apa yang diorg hidangkan.. dan untuk keselesaan kedai sudah mestinya ia gred A~!! bila ada yang sungguh jakun dok mengadap sekeliling kedai.. sampai kipas pusing arah lawan jam pun boleh taw lah!!! hahahaa...



So.. apa lagi.. try lah skang.. lat ta li lat la old town...

 * Bila kasi naga makan pakai chopsticks memang naga tak reti... 




sebab naga lagi suka...

* Jangan tiru aksi naga ini di mana-mana old town okeh!!

No comments: