Nuffnang Ads


Tuesday, November 30, 2010

disebalik ngangkung... sampai tercangkung...


preview movie terbaru ternakan David Teoh..
sudahkah korang menontonya..?? best..?? sesudah menontonya baru aku taw yang orang yang gila nak mintak nombor nie kena bercangkung!! memang tak masuk diakal.. tapi reality yang benar amat sukar dipercayai.. agak seram jugak ayat aku nie..


tabik bertingkat2 kasi sama David sebab berjaya menghasilkan satu filem yang memang menjadi tabiat orang melayu.. komedi seram yang ditonjolkan memang benar-benar kasi cuak sama aku.. sampai kadang2 rasa nak tutup mata pon ader.. pemilihan pelakon pada kali nie memang sesuai.. 


plot cerita yang mengisahkan 3 sahabat taik judi memang akan membuatkan kita insaf seketika.. kadang2 kita lupa akan rezeki yang halal itu amat bernilai dari rezeki yang kita kutip tanpa tahu akan halal haramnya..



pewatakan tok bomoh yang memang super saiya membuatkan orang satu panggung tercangkung!! Lan Pet Pet membuatkan filem ini bertambah komedi.. Angah Raja Lawak tidak kurang hebatnya.. nescaya tahun depan rezeki dia munkin bertingkat2.!!


bagi mereka yang belum menonton filem nie.. sila lah tgk kerana ianya berbaloi.. cerita tak lah berat mana tapi ia mudah difahami dan diterima akal.. semoga industri filem kita bertambah maju!!

NEXT MOVIE!!!!

 

4 comments:

Fahimah Mahayuddin said...

saya dah tengok..memang lawak gila tapi plot cerita tak berkembang sangat.Tp bab komedi memang best!

Encik Bulan said...

tak mengecewakan. berbaloi untuk melepaskan tension :)

kenshiro said...

yes eiymah.. cerita nya mendatar tapi best...!!!

kenshiro said...

berbaloi lah.. kire tak rugi ar kuar duit tiket pergi tgk dari dok perabih duit tgk "2 Alam" haha...