Apa pun Terima Kasih kepada skuad Harimau Muda negara kerana dengan berkat usha mereka berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama ke Kuala Lumpur. Tidak dinafikan prestasi bola sepak negara tahun ini tidak mengecewakan.. bertitik tolak dari memegang pingat emas sukan sea sehinggalah mara ke suku akhir sukan asia ia sudah cukup membuatkan peminat sukan bola sepak negara senyum kepuasan.
Komen aku mengenai perlawanan akhir ke 2 di stadium glora bung karno, jakarta :-
lemah dan masih ditakuk lama..
sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan dengan corak permainan tadi.. selain dari penjaga gol kebangsaan yang bertindak sebagai pemain keseluruhan kem negara. yang lain boleh dikatakan hampeh!! walaupun aku nie tak lah hebat mana pasal bola tapi dari apa yang aku lihat antara skuad garuda dan team Malaysia masih ada jurang yang perlu diperbaiki oleh K.Rajagobal. sekurang-kurangnya pada masa yang akan datang kita tidak lagi dipandang ringan oleh Negara-negara lain.
Aku pecaya Thailand masih lagi boleh gelakan Malaysia pada final kali ini.. apa tah lagi Vietnam.. jangan kita bangga dihalaman sendiri kalau di tempat lain kita jadi pengecut! pada babak Malaysia mendahulu 1-0 tadi aku dah boleh rasa bangga dengan skuad negara.. mana tak nya.. kalo lah Malaysia menang di tempat lawan dihadapan 80 ribu penyokong lawan.. dah kira hebat dah tu.!
Tak rasa malu kew bila kita menjuarai piala di gelanggang yang kita kalah..?? sedikit sebanyak munkin akan membuatkan media Indonesia mempunyai cerita yang best utk menyejukan rakyat mereka esok.. apa pun sekali lagi tahniah buat skuad harimau muda negara kerana telah menghadiahkan sesuatu yang manis buat rakyat Malaysia sebagai penutup tahun 2010!
Apa pun Rio Ferdinand yang sebelum ini menyokong Indonesia kini terpaksa menerima hakikat.. dari twitternya.. " Tahniah buat Malaysia yang menewaskan Indonesia untuk final piala suzuki.. saya pernah bermain bersama pasukan B23 Malaysia 18 Bulan lalu.. pasukanya boleh tahan bagus"@rioferdy5.
5 comments:
kamon la der..nak expect malaysia main macam argentina ke spain dalam masa singkat - kau ingat ni software ke nak upgrade2?
perhaps kau tak faham apa itu aggregate system.dan perhaps gua syak lu ni tak pernah faham tengok champions league macam mana - woit,lu paham kenapa away goal tu diberi advantage?
lagi satu - kalau lu jadi player - ada 100,000 indonesians keep panggil lu maling-maling - lu jem gak kan?
masa malaysia vs indonesia 1st leg kat bukit jalil - ada 15,000 indonesians in away side.bung karno malaysia ada 300 orang je tengok weh.300 out of 100,000 - kau fikir takde impak psikologi ke?
cakap pake air liur boleh la der.2-1 kat bung karno - kecualilah kalau lu expect malaysia ni main cam argentina,gua rasa lu better tengok sukan lain.hoki ke,badminton ke.
Tu pun 300 org tu tgk kat Malaysia Ambassador...cuma sorang jer anak jantan Malaysian yg berani tgk kat Bung Karno kalau ikut info kat sokernet.blogspot.com..kau nak expect mcm maner lagi?
Lagi 1 ko tak nak ckp pulak Indon kalah 3-0 kat Bukit Jalil tp menang 2-1 kat Bung Karno tu pengecut namanya...kat Bukit Jalil tu Indon tak bole sumbat sejibik gol tp Malaysia bole sumbat sebijik kat Bung Karno...tu cmne pulak nak kira tu?
salam. untuk bermain bola di GBK dihadapan ribuan fanataik Indonesia, aku rasa Malaysia main cantik. Defence solid. OK midfield kurang sikit tp bila Malaysia buat counter, mencanak jugak Indon nak cover balik. Ini la dipangil tactical.
Even Jose Mourinho pon pernah buat taktik 'parking the bus'.Kalau main lawa mcm barca tapi kalah, ape gune ye dok?
apapon syabas Malaysia. Give the team some credit please
Kita bole belasah Indon 3-0 kt BJ tp Indon cuma menang tipis jer 2-1 kt GBK.kalau ikut standard away goal kita sebenarnya seri 2-2 kat GBK. ko kena ingat tu.
Post a Comment