Nuffnang Ads


Monday, December 20, 2010

Berakhirnya "cinta kirana"



Setelah beratus-ratus episode diselangi dengan rasa menyampah dan muak untuk menontonya.. tiba hari terakhir untuk kisah "cinta kirana".. secara topikalnya aku memang layan cerita2 senetron nie.. ader 2 buah drama lagi yang aku menantikan episode penamatnya.. iaitu "alisa" dan "cinta dan anugerah" tak taw plak bila tarikh penamatnya..

Apa yang buat aku terpanggil untuk mengikuti senetron "cinta kirana" nie..?? pertama sekali bila Nia Ramadhani yang belakon..  aku boleh katakan aku minat gak kat dia nie.. sejak dari senetron "bawang merah bawang putih" lagi.. lakonan dia boleh dikatakan mantap gak.. boleh pegang macam-macam watak..

Dalam "cinta kirana" beliau memang watak kirana pada asalnya seorang wanita yang agak tomboi dan ganas sehinggalah menjadi seorang wanita yang tabah dan penuh dengan naluri seorang wanita yang memang teguh pada cintanya.

Tak senetron lah kalau tak cerita tu disulami dengan cerita-cerita sampingan yang boleh membuatkan korang rasa menyampah dan muak untuk menonton.. tapi korang akan tetap nak taw jugak perkembangan cerita tu sampai habis kan.. itu lah kelebihan drama indonesia..










Sapa yang terlepas menonton ending "cinta kirana" boleh lah menonton ulanganya pada jam 11 malam nie di Astro Ria..

No comments: