Nuffnang Ads


Sunday, December 19, 2010

Hanis Zalikha.. Drift.. Dan Analoque..

Marilah becerita pasal hari minggu yang sungguh padat dan sedat semalam untuk semua... bermula dari pagi hari sampai tengah malam.. jadual aku sungguh sendat.. kalah fasha sendat punya jadual.. dari suatu tempat ke satu tempat..


Kisah dipagi hari dimulakan dengan Hanis Zalikha!! semalam menjadi hari paling bertuah untuk Harian Metro sebab sebelum nie tak pernah2 aku beli Metro ahad.. semalam aku beli gak.. sebab ape aku tak beli Metro ahad..?? korang tengok jerk lah iklan dalam tu lebih banyak dari berita yang hendak disampaikan.. tapi semalam aku kena beli sebab gambar Hanis Zalikha dok depan2.. tapi bile balik umah tengok cerita pasal Hanis Zalikha tu sikit jerk pun.. apepun tahniah buat Hanis Zalikha kerana menjadi ikon untuk blogger2 di Malaysia nie.. sekurang-kurangnya blogger2 dapat perhatian kepada masyarakat hari nie.




Hari Minggu diteruskan dengan Aktivity di Dataran Merdeka.. Formula Drift Malaysia anjuran myeg dan espn dan banyak lagi penaja yang gempak2.. memang macam litar sepang dah Dataran Merdeka semalam.. Kehadiran drifter terkemuka asia menambahkan kehangatan acara itu.. tapi paling aku suke bile ramai sungguh gadis litar disitu hahaha.. dan lebih ramai yang tengok gadis litar dari kereta.. 

Bila peluh sudah keluar.. meninggalkan Dataran merdeka untuk mencari sesuatu yang belum pasti.. Mid Valley sasaran setersunya.. tapi malangnya setelah setengah jam mencari parking akhirnya aku beredar meninggalkan RM 3 untuk bayar parking saje-saje di sana..

Putrajaya!! memang tidak dijangka untuk kesana.. tapi sampai juga.. disana ada 2 aktivity berlangsung.. pertamanya pemeran batu-batu pelik.. bertambah pelik bila ramai yang pergi tengok batu pelik-pelik tu.. hahaha.. Kejohanan Futsal Belia 1 Malaysia juga berakhir semalam.. pertandingan futsal terbesar di Malaysia anjuran kosmo berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18..


* keindahan di dalam Pavillion sangat syahdu!!!

abaikan!!


Habis sudah di Putrajaya.. meneruskan lokasi hari minggu di Pavillion..!! apa yang aku cari di Pavillion..?? yeah.. hanya untuk pariking kereta!! sebab lokasi sebenarnya Old Town Kopitiam Sungai Wang!!.. char kueh tiaw kat Old Town tak sedap.. lain kali tak leh order dah..!! selesai makan.. mencari kedai untuk gunting rambut..setelah 2 minggu tertangguh akhirnya rambut aku berjaya di potong di michael & guys salon.. agak best kedai tu.. layanan.. dan tahap professional si tukang gunting memang tidak perlu disangkal lagi.. terbaek!! tak rugi kuar duit potong rambut kat situ..




Selesai potong rambut.. wah!! mendapat jemputan ke konsert "analoque" ana rafalli bersama monoloque.. disebabkan tak pernah menjejakan kaki di istana budaya jadi aku tak taw la akan peraturan-peraturan masuk istana.. tshirt tak boleh!! haa.. selipar ape tah lagi.. tapi bile tiket sudah ditangan.. apa-apa boleh jadi.. so.. dah boleh masuk tgk ana rafalli!!  mendengar sambil menghayati persembahan sampai kol 12.. sampai di rumah kol 1 pagi!! oh penat sey!!

Dan dalam banyak-banyak lagu dalam konsert analoque tu aku sangat suka akan lagu nie..




No comments: