Salam jumaat.. penghulu segala hari buat semua... semoga hari ini lebih baik dari semalam.. semoga hari ini lebih cerah dari semalam.. semoga kita lebih sihat dari semalam.. apa janji kita pada allah selama kita hidup sehari-harian..??
Ustaz kenshiro tak mau cerita pasal nasihat dan bimbingan mulia pada hari ini tapi mau cerita pasal pergolakkan yang berlaku dikalangan negara-negara islam sekarang ini.. bermula dari Tunisia merebak ke Mesir.. Bahrain.. Yamen.. sehingga kini tiba pula giliran Libya.. Kuasa rakyat telah menjatuhkan pemerintahan 23 tahun Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia telah membangkitkan semangat umat islam di lain-lain negara.. selang beberapa minggu Zine El Abidine Ben Ali melarikan diri dari negaranya.. rakyat Mesir pula mula bertindak untuk menjatuhkan rejim Hosni Mubarak yang telah berkuasa di Mesir sejak 30 tahun yang lalu.
Bila rakyat dan sebahagian anggota kerajaan seperti tentera dan polis tidak lagi duduk berpihak kepada Hosni Mubarak.. beliau akhirnya mengundurkan diri senyap tanpa berita.. 30 tahun hidup sebagai ketua negara yang kaya dengan minyak tetapi rakyatnya sensara.. api kemarakan umat islam berjalan merebak membelah benua asia barat bila sebilangan rakyat Bahrain mula membangkitkan akan kedudukan raja sebagai ketua negara.. kuasa monarki yang dipengang oleh raja membuatkan rakyat mula mempersoalkan akan apa yang mereka berhak dapat dan apa yang mereka tidak harus dapat.
Kini nama Muammar Gaddafi pula menjadi musuh utama umat islam didunia.. pemerintah pelik ala nazi yang beliau pekenalkan menjadikan beliau antara ketua kerajaan yang paling digeruni didunia.. 40 tahun duduk di puncak kerajaan sudah cukup membuatkan rakyat Libya sengsara dan bangkit menentang kerajaan yang beliau duduki sejak tahun 1972 itu.
Dari semua fakta diatas menunjukan bahwa kita memang berada dizaman ke-empat periode kepemimpinan umat islam didunia, sebagaimana sabda Rasul:
“…Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. (HR Ahmad dan al-Bazar).
Janji Allah pasti.. adanya sistem pemerintahan yang islami dimana sang pemimpin akan menjadi perisai bagi rakyatnya, dia akan menyayangi dan menjalankan hukum islam, dia akan mengadili diantara kalian dengan qur’an dan sunah, dia akan memenuhi kebutuhan rakyatnya dengan adil, dia adalah sang khalifah yang akan memimpin khilafah ala minhaj nubuwah, kepemimpinan periode kelima umat islam yang telah dijanjikan yang sebentar lagi.
Perubahan rezim saja tidak cukup, tetapi harus disertai perubahan sistem. Sistem ideologi kapitalisme dengan sistem politik demokrasi dan sistem ekonominya telah sama-sama kita lihat dan rasakan kegagalannya dan penuh kebohongan. Saatnya kita ganti dengan sistem Islam yang berasal Allah yang Mahaadil dan Bijaksana. bentuk sistem Islam itu telah dirancang dan digambarkan begitu jelas, juga telah dan terus dikomunikasikan kepada Anda. Saatnya kita tentukan sikap dan kita penuhi seruan Allah dan Rasulnya:
{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ}
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu (QS al-Anfal [8]: 24)
No comments:
Post a Comment