Nuffnang Ads

Wednesday, February 9, 2011

Malaysia 2 - 0 Hong Kong : Malu tengok padang kat stadium..!!!

http://2.bp.blogspot.com/_VvXBllrZVKk/Sy37E9_zCiI/AAAAAAAAADM/xkQqCBCZdfo/S1600-R/bolasepak.jpg

Tahniah.. tahniah.. tahniah... Skuad kendalian K.Rajagobal meneruskan kecemerlangan dengan menundukan skuad kebangsaan Hong Kong 2 - 0.. walaupun kalau nak kira pada ranking Fifa sememangnya Malaysia up sikit dari Hong Kong tapi kalo tengok pada rekot pertemuan sebelum ini.. dari pada 4 perlawanan Hong Kong dah jinakan Malaysia 3 kali.. malu!!

Dah 2,3 artikel sejak dua menjak nie cerita pasal bola jerk.. dah kau ingat nie belog sukan kew ape.. disebabkan tiada isu dan line intenet yang stay slow nak maki.. jadi kena la mengeluarkan cerita-cerita tak best untuk dikongsi bersama.. tak nak lah cerita pasal kemenangan skuad harimau muda kebangsaan tu.. aku nak cerita pasal padang bola kat stadium tu ha.. haih malu!!

http://4.bp.blogspot.com/_2nohtZcXOnw/S_RIUHAFtGI/AAAAAAAAFrA/x0G21eLmdGY/s400/shah+alam.jpg
*antara pemandangan cantik padang stadium shah alam suatu ketika dahulu...

Tidak dinafikan negara kita punya stadium bertaraf dunia.. boleh sumbat puluh2 ribu orang.. macam-macam bentuk.. tapi bile cerita bab padang dan rumput.. dah mengalahkan padang bola sepak kat kemboja jerk aku tengok!! macam pernah gie kemboja jerk aku cerita nie kan... haih malu..!!

Kalo ditengokan padang di San Siro.. stadium utama AC Milan ngan stadium Shah Alam memang jauh api dan panggang lah kan.. kenapa masalah rumput dan padang masih tidak dapat diselesaikan..?? sedangkan negara kita boleh plak wujudkan padang golf yang canggih dengan rumput yang terbaik didunia..?? haih malu..!!

http://www.bestourism.com/img/items/big/940/Stadio-San-Siro_Stadio-San-Siro-view_3552.jpg
* San Siro stadium, Italy..

Tadi bile tengok beberapa aksi pemain yang tiba-tiba tergolek kat atas padang terus aku salahkan padang.. aku tak salahkan pemain.. macam mana lah riaksi pemain hadalan dunia kalo datang bermain kat negara kita nie bile tengok padang dah mengalahkan ladang pokok getah.. setiap tahun mesti ada jerk pemain dan kelab2 handalan dunia yang datang buat tour ke negara nie.. dan adakah setiap tahun juga isu padang dan rumput tak cantek akan berterusan..?? malu haih!!

Kalau nak salahkan cuaca negara kita nie.. aku rasa tak der la kot sebab cuaca kat sini seronok jerk untuk rumput2 tumbuh.. cuba tengok kat England tu ha.. 4 musim lagi.. salji tutup padang pun rumput stay nampak cantek.. nie tidak.. budget kuar berjuta2 kata nak bela padang.. macam Padang Stadium Nasional Bukit Jalil.. tapi tengok ari tu lagi hampeh ader la.. malu la..

http://3.bp.blogspot.com/_rQ4OlHxxEM0/TLUHyHKPsRI/AAAAAAAAAFk/s4hpqlJ1QXc/s1600/padangbolasenget-724673.jpg
* kalo la padang golf boleh wat main bola...

Aku harap kerajaan akan sedar akan apa yang berlaku dan masalah yang dialami nie.. kalau aku gie stadium tengok perlawanan free sekali pun kalo padang macam tu memang rasa tak puas hati akan melanda kot.. dengan ini saya menyeru agar pihak-pihak yang berkaitan supaya kaji balik padang dan rumput di semua stadium yang ada kat Malaysia nie supaya kita tidak digelakan oleh Negara lain..


No comments: