Nuffnang Ads


Sunday, March 20, 2011

Apa yang membuatkan Hikayat Merong Mahawangsa tak best..??

http://www.thebestfilms.net/wp-content/uploads/2011/03/poster-hikayat-merong-mahawangsa.jpg

Akhirnya malam minggu semalam aku berjaya juga tengok Filem RM 8 Juta keluaran KRU Studio dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. sekalung tahniah buat KRU kerana menjadikan ia sebuah filem yang memang setaraf antarabangsa.

Secara keseluruhanya cerita tu best!! tapi setiap yang best ada jugak yang buruk.. hahaha aku nie asyik kondem jerk.. kalau nak perfect buat sendiri la !! tapi aku cuma nak share jerk.. kongsi benda yang tak best bagi aku.. kalau korang rasa semua best aku tak marah pon.. KRU lagi tak marah haha...

Memang tidak dinafikan teknik CGI atau nama melayunya teknik janaan komputer nampak ada mahalnya.. permulaan intro filem tu dah ader gaya citer Harry Potter dah aku tengok.. ditambah pula aksi kapal berlayar di lautan tu dah nampak cam Pirates of the Caribbean. tapi asal time pergaduhan tu ia seakan-akan masa berjalan sgt laju.. nampak cam kartun.!! 

Pemilihan pelakon nampak sesuatu yang lain dari penerbit filem tempatan lain.. gabungan yang sangat kena pada jalan cerita.. yerla kan takan nak kasi watak putera rom kat rosyam noor plak kot!.. tapi watak merong mahawangsa tu asal tak ambik pelakon yang aslinya melayu..?? aku rasa bertambah bangga la kot kalau yang bawa watak merong tu pelakon melayu asli dari malaysia sendiri.. 

Jalan cerita Hikayat Merong Mahawangsa memang best.. sampai ada yang bergaduh-gaduh  nak cari kepastian akan asal usul sejarah Sultan Melaka tu.. yerla.. time sekolah dulu mana ader belajar sejarah pasal Merong Mahawangsa nie.. tapi kisah yang agak meleret dek suara si sultan muzaffar menceritakan kembali asal usul keturunanya tu nampak menggangu jalan cerita sebenar filem nie.. mula-mula cerita aku leh agak nie cerita macam flash back story.

Apa pun sekalung tahniah buat KRU terutama Yusri yang berjaya membuat penonton semua kusyuk habis tengok cerita nie.. sampai ada yang berlari pergi kencing laju-laju sebab tak nak ketinggalan cerita akan  kisah  sejarah yang munkin kita tidak tahu nie.

* aku kasi 4 Bintang!!

3 comments:

Anonymous said...

bg aku yg paling jerk adalah part cermin tu...ada ke pantulan cahaya leh wat sampan team garuda terbakar dlm masa singkat...tak logik sbb suma tu ambik masa...merapu...

kenshiro said...

hahaha.. betul2.. tu paling muskill lah bagi aku hahaha..

seliparbiru85@gmail.com said...

eleh...tak bes pon ko bagi pat bintang perrr...