Nuffnang Ads

Saturday, March 19, 2011

Apa yang spoil di Gelanggang Raja Lawak Akhir..??

http://4.bp.blogspot.com/_HH_jVflYlFM/TSdehWP1jDI/AAAAAAAAAGU/PWy8tyx9TAc/s1600/Raja-Lawak.jpg

Semalam berakhirlah Gelanggang Raja Lawak Musim ke 5 yang menyaksikan Man anak kelahiran Sarawak membawa pulang habuan RM 100 ribu dengan penuh  bermaruah.. sebab memang lawak dia menjadi pada malam semalam.. nampaknya selepas mat pion si Nabil kini Title Raja Lawak dipegang oleh seorang posmen pula.. tahniah!!  ini menunjukan mat rempit dan mat tak tentu hala memang lawak orangnya.. 

http://3.bp.blogspot.com/-WYd0zVtZOxM/TX14rVK-XXI/AAAAAAAAAGA/ODXtFFEgRoQ/s320/188818_149563231769946_134400873286182_296239_8110453_n.jpg

Buat kumpulan Balas nampaknya balasan dari peminat yang mengundi dipuncak tahta sepanjang 4 minggu terakhir dibalas dengan persembahan yang mengecewakan pada pentas akhir.. aksi yang tak menjadi.. memang sedikit sebanyak mengalih tumpuan pengundi untuk mengundi Kumpulan R2 yang sememangnya memberi saingan kepada Man malam tadi.. 

http://thumbnails.truveo.com/0023/FA/E4/FAE44F6B90492125E9A38F_Large.jpg

Rumah siap tapi pahat tetap berbunyi.. itulah perpatah melayu yang sering kita dengar.. itu pun kalau korang selalu dengar.. seperti biasa bila selesai majlis sudah tentu ada berita baik buruk yang timbul.. dan orang boleh perkatakan.. bagi aku juga.. ada yang kena komen dan rasa tidak puas hati melihat Gelanggang Akhir semalam.

- Start jam 8.30 malam aku dah siap landing depan TV dengan gaya cina kalah judi lagi tak sabar nak tengok siaran langsung akhir tu.. oh 8.30 adalah Live Karpet Lawak!! sumpah! tah ape2.. tak nampak carpet pon lagi iklan dah 2,3 kali!!

- Bila tepat jam 9.. gelanggang pun di buka.. memang nampak dah macam pentas akademi fantasia pun ada bila kesemua peserta nyanyi lagu rasmi raja lawak.. dalam hati dah mula fikir.. nie gelanggang raja lawak atau akademi fantasia...

- Tapi aku masih leh terima lagi part diorang nyanyi tu.. lepas tu part memperkenalkan juri tetap.. kenapa harus bersusah payah buat video lakonan untuk memperkenalkan juri yang mana setiap minggu dah memang diorang..?? munkin nak banyak kan program kot..

- Aksi sembang kosong lawak suku minit meleret sampai nak setengah jam oleh Johan dan Zizan dah mula menampakan kebosanan.. munkin nak kan kelainan sampai kena panggil Jamal Abdilah, Joe dan Ultiment naik atas gelanggang.. sekali pandang dah macam pentas AIM pun ade..!!

- Lepas tu iklan !! apa punya barua la dalam hati.. aku ambik astro sebab tak nak diganggu oleh Iklan tapi nampak gayanya kini aku bayar astro untuk tengok iklan plak!! dah same lebar dan panjang dah iklan di Astro Prima tu dengan Media Prima.. 

- Setiap peserta diberi 3 minit untuk membuat persembahan.. aku mintak la sangat2.. bagila peserta habiskan persembahan diorang walaupun dah lebih 3 minit.. jangan la kejam sangat sampai membantutkan persembahan diorang.. kesian aku kat kumpulan R2 untuk persembahan Muzikal tu..  aku leh cakap kat sini sebab terbantutnya persembahan dioranglah tak menang!!

- Komen dari juri pada gelanggang akhir sudah boleh dijangka.. semuanya puji-pujian.. mengalahkan kumpulan raihan dia punya puji.. sebab dah akhir.. tak salah kalau nak kasi kritikan pada diorang sebelum diorang keluar menjadi artis kan..?? 

- Persembahan yang berunsurkan lucah nampaknya menarik perhatian penonton... walaupun dalam bentuk kiasan.. nampaknya benda nie kembali berulang dan tiada tindakan yang diambil oleh pihak astro untuk menghalang akan unsur lucah ini kembali lagi.. 

http://3.bp.blogspot.com/-GDjgNj3Ce2M/TWx1JCJsCII/AAAAAAAAb48/SAItzVQrUAI/s400/raja%2Blawak.png

Ok.. tu jerk aku nak komen.. ape pun setiap yang buruk ada yang baiknya.. dengan adanya program sebegini sekurang-kurangnya negara kita nie tak lah penuh dengan penyanyi jerk.. sekurangnya ada juga penghibur yang dapat mewarisi pelawak yang lama.. buat pengacara Raja Lawak Johan dan Zizan korang dua orang memang terbaik.. dan penyelamat bagi program nie!!

* Tunggu Maharaja Lawak plak.. mana taw boleh hilangkan buah pinggang korang...


6 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

Yuyu ingat nak tengok, tapi kawan kawan kate, tak best, tak tengok la... ^^

Wan Sandx said...

Aku pon x puas ati jugak bile persembahan peserta hanya 3 minit. entah hape2.....x puas lansung....

kenshiro said...

hehehe yuyun layan ustaz amirul eh...

kenshiro said...

series aku bengang gile bile R2 wat persembahan tu tiba2 Johan naik pentas.. aiyoo!!

dD Fabulous | sitekateki said...

x pernah ku tengok citer nie...lawak dah jadi lawak banggang jer yg lebih...

rozaini said...

aku tgk ustaz amirul jugak~~~