Pagi all.. tajuk aku kali nie memang pusing baik punya.. jenuh nak memikir apa yang aku akan sampaikan.. tapi bila aku pikir balik dan lihat apa yang nyata di depan mata.. mula lah nak cakap oh my god!! korang rasa korang bersyukur tak dengan apa yang Allah beri pada korang semua..?? tak kiralah isteri.. cahaya mata.. atau pun rezeki..?? dan setahap mana ke syukuran korang pada pemberian Allah itu..??
Eh kalau dapat isteri tak kan nak share jugak..? waklu!! bukan camtu.. kalau Allah beri isteri yang baik pada korang.. tunjukan jalan yang lebih baik pada beliau.. habis macam mana dengan "jangan rasa sorang-sorang"...?? aaa... jika anda bahagia bersama isteri anda tak salah kalau kongsikan kebahagiaan bersama orang lain..itu maksud aku.. tunjukan kebahagian korang pada yang lain supaya orang lain boleh ikut cara korang berbahagia... kalau diorang jeles tu tandanya diorang tak usaha..
Kalau cahaya mata..?? Itu satu tanggungjawap.. korang mesti laksanakan.. beri tunjuk ajar.. pendidikan yang sempurna pada mereka.. bukan ajar mereka buat benda tak elok.. "jangan makan sorang-sorang"..?? aaa.. kalau anak korang di didik dengan sempurna maka terhasilah anak yang baik dan menghormati orang tua seperti korang sebagai ayah ataupun ibu.. dan kesinambunganya anak korang juga menghormati orang lain juga..
Rezeki..?? jangan kedekut.. ingat pemberian Allah itu sementara.. gunakan pada jalan yang benar dengan hasil yang halal maka ia akan menjadi darah daging yang suci dan diterima Allah.. dan jangan lah kita bila dah kaya dan gile iaitu kaya gile babeng korang lupa akan orang-orang susah.. berzakat.. menderma.. buat amal kebajikan adalah amal mulia yang amat dirahmati oleh Allah.
Begitu jugalah Ilmu.. jika kita penuh ilmu didada sampai sesak nafas2 kalau tak kongsi dengan orang lain tak der gunanya.. sama juga dengan sifat peribadi yang Allah berikan pada korang.. kalau muka hensem tak salah kalau jadi budak baik.. tunjuk sesuatu yang boleh dibanggakan bukanya suruh awek bangga tengok muke kau hensem!! yang cantik janganlah over sampai tahap dewa.. bersyukur dengan rupa anda.. jadikan ia contoh untuk anda berada dikalangan orang yang baik-baik.. bukanya mengumpul koleksi pakwe yang bertingkat-tingkat..!!
Semoga kita sedar.. kadang-kadang kita lupa..
No comments:
Post a Comment