Salam 1 Malaysia.. aku dah mula kerap dengar lagu 1 Malaysia yang dimainkan di RTM.. terasa bangga plak ada juga lagu yang dapat memupuk dan menyatupadukan rakyat di Malaysia nie.. sekali dengar munkin akan rasa patriotik tak tentu pasal.. tapi bila dah banyak kali dengar dah rasa nak jadikan ringtone telipon pun ada.. bangga tak..!!
Jom Try Nyanyi Skali
Sampai budak-budak kecik pun kalo dengar lagu tu dimainkan di TV dah boleh hafal lirik dah.. siap joget-joget lagi.. sekurang-kurangnya ada la juga semangat kenegaraan dari kecik dari dok dengar lagu stacy dan akim af jerk yang tak taw hujung pangkalnya tu.. hahaha...
Okeh.. memang tidak dinafikan pengaruh muzik dan kegilaan terhadap artis kini lebih hebat berbanding dengan apa yang kita patut tahu.. iaitu tentang agama kita sendiri.. islam!! kadang-kadang aku terfikir juga.. kita boleh ingat dan hafal artis tu bile tengok muka keluar TV atau juga diorang kat mana-mana tempat..
Contoh 1 :
Korang kenal Awie tak..??
Gile tak kenal.. dia kan penyanyi rock bekas ahli kumpulan Wings dan pernah belakon Filem Sembilu arahan Datuk Yusof Haslam sampai kutip RM 6 Juta dulu tu.. tu belum lagi dalam Filem Hantu Kak Limah jadi Husin yang balik dari Singapore tu!!
Contoh 2 :
Korang ingat nama-nama Nabi..??
Mestila Ingat!! ( Mulalah nak hafal lirik lagu 25 Rasul dari Kump. Raihan ) Adam..Idris..Nuh.. Hud Solleh.. Ibrahim.. aaa..aa.aa.aa
Munkin 2,3 nama jerk korang leh ingat.. kalau nak hafal 25 jenuh berpeluh dibuatnya.. kalo lagu Awie sampai 2,3 Album korang leh lenjan dalam Karaoke!! dasyatkan!!
Kenapa jadi macam nie..?? adakah pengaruh dan kemodenan akan membuatkan kita alpa dan lupa akan asal usul kita nanti..??
No comments:
Post a Comment