Nuffnang Ads


Monday, March 21, 2011

Ku cari Damai Abadi.. bukan Muammar Gaddafi..

http://www.golf-talk.co.uk/news/wp-content/uploads/2011/03/libya.jpg

Salam selamat petang.. pembuka bicara hari ini.. bagai mana sex dalam kereta artikel malam tadi punya seksa.. tiba masa giliran Libya mengambil alih perhatian aku menulis pada petang ini.. oh tulis pakai taip.. pandai!!

Libya yang kemarin dibedil oleh Peluru Berpandu Tomahawk oleh tentera kezaliman yang berpaksikan jawatan sebagai ketua polis dunia nampaknya dahagakan darah kembali.. setelah lama perang Iraq menjatuhkan President Saddam Hussien berlalu.. kini mereka punya satu lagi alasan yang kukuh tapi tak masuk akal iaitu menyerah Libya dengan cara peperangan.. dalam isi kata lain mereka minat sangat lah kat Libya punya minyak dan kedudukan negara yang sangat baik untuk dijadikan pangkalan tentera mereka.


Dunia hanya melihat perbuatan Amerika dan rakan-rakan menyerang Libya.. tiada satu pun pemimpin dunia yang lantang bersuara menentang Amerika.. malah lebih ramai pula yang memuji.. itulah manusia.. yang jahat jadi kawan.. jangan baik jadi lawan.. kita lebih rela lihat Amerika musnahkan negara islam.. malah rakyatnya sendiri tidak bersyukur dengan apa yang ada..

http://www.foreignpolicy.com/files/fp_uploaded_images/110311_Libya.jpg

Apa guna Liga Arab yang kuat dek kerana minyak jika tidak mampu berbuat apa-apa..?? apa guna kaya raya jika kelengkapan tentera pun tak ada..?? sampai bila perlu tunduk dengan mereka.. jangan esok lusa kita sama masuk negara..

Yang Syahid itu menegakan islam.. bukan islam yang merosakan islam.. jika kita menyokong orang kristian seperti juga kita membelakangi agama kita.. Allah suka..?? Allah suka kita punya ramai kawan.. tapi akan benci akan kita berlawan.. jangan jadi seperti haiwan.. kawan sendiri jadi tawanan.

http://images.usatoday.com/news/_photos/2006/05/17/libya-large.jpg

Muammar Gadaffi bukan calang-calang orang.. pengikut setia Amerika pada suatu ketika.. kini menjadi musuh No.1 ! beliau bangga akan negaranya.. tidak pula bagi rakyatnya.. suka melihat negara dijajah oleh orang asing.. merampas hak hasil bumi sendiri..

Buat Malaysia yang dikasihi.. renunglah.. ambilah barang sekecil mana pengalaman yang mampu ditimba sebelum musuh menghampiri kita.. hidup ini memang untuk mati.. tapi matiku bukan cara begini.. biarlah mati Damai Abadi..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsYK0ivo_KF6cCKK-PXYoWvW1iJHtaOlpWggZwHR9BnZTaTh2k4We98ADztGk2kK4w3svW8AMuyKh0AGsLhjj7ZP_HeEPl-GM2wQG3zqe-XqR3X2rQVP7kGhgtTR095gFu_9g1ahe8FMC_/s1600/funky_site_member_inventions10448_pic.jpg


1 comment:

Dda Ly said...

hihih saye juge mahu damai di hati..cano leh kuar cite die ni pulakk..hihih

meh ke rumah..
~ku panjatkan syukur~
keep in touch ye..♥♥♥