Nuffnang Ads

Wednesday, March 16, 2011

LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL - Rasai Kehidupan Budak Kampung Yang Sebenar..

lat%2Bthe%2Bmusical LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL

Kampung Boy.. sape yang pernah tengok kartun hasil karya Datuk Lat yang cukup popular satu ketika dahulu..?? memang tidak dinafikan Kampung Boy adalah antara kartun yang cukup mengambarkan keadaan kehidupan harmoni rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Setelah lama menyepi kini Kampung Boy datang lagi.. diatas penghargaan karya Datuk Lat itu sebuah Muzikal Lat The Kampung Boy mula dipentaskan di Istana Budaya..!! 

Oh jangan terkejut pementasanya adalah hasil kerjasama Hans Isaac dan Harith Iskandar yang sememangnya cukup kreatif dalam penghasilan sesebuah komedi.. jadi sudah tentu menarik!! bertambah menarik bila Husin bukan nama sebenar atau Awie dengan nama glemer akan membawakan watak utama sebagai Lat dan Atilia sebagai isteri Lat. kombinasi yang cukup klakar!!

Teater yang dikatakan menelan belanja hampir RM 2.6 juta ini telah menemui penontonya.. 16 sampai 5 April nie Lat akan berkampung di Istana Budaya untuk menghiburkan penonton.. jadi marilah ramai-ramai rasai kehebatanya.. dengar kata Tiket Laris bak goreng pisang panas!!!

* Tunggu aku update kisah disebalik Teater ini minggu depan.. isyallah kalau tiket Free!! menjadi kenyataan.. hehehe..

Lat The Musical LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL 


Lat The Musical5 LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL 


_DIN3650

_DIN3662


Lat The Musical7 LAT KAMPUNG BOY THE MUSICAL 

* Picture by bryanlyt & aizuddinsaad

Tiket boleh didapati dengan harga RM40, RM70, RM100, RM120, RM160, RM200, RM230 dan RM300. Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan tiket, anda boleh melayari laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi Ticket2u.biz di talian 03-4147 8600.


2 comments:

| xDer | said...

LAT.. siapa x kenal. berebut dulu dgn adik beradik bila tiap2 kali buku dia kuar siri baru :)

Recently: Darul Saka - ajaran bomoh yang digelar Tok Belagak

kenshiro said...

hehehe taw tak per.. sebelum timbulnya upin dan ipin.. kampong boy lah mewarnai kehidupan kanak2 ku hahaha..