Nuffnang Ads

Monday, April 18, 2011

Akademi Fantasia 9 : Kelainan yang tetap sama...


Setelah masuk minggu ke 3 baru aku dapat komen pasal Akademi Fantasia... musim terakhir katanya.. sebab malam minggu hari tu baru aku berkesempatan menonton konsert pelajar-pelajar.AF9. maklumlah busy malam minggu kan!!


Jadi setelah dilihat dan didengar satu-satu.. nampaknya AF9 nie lagi hampeh dari musim-musim yang sebelumnya.. tak terasa sangat demam AF seperti musim - musim yang lepas.. kenapa erk..??


Adakah dengan meletakan pelajar dirumah kaca dan ditonton oleh orang ramai itu satu idea yang bagus..?? pihak astro memberi sebab yang best untuk itu.. iaitu dengan cara itu pelajar-pelajar akan lebih menjaga keperibadian mereka apabila orang melihat mereka belajar.. ibarat didalam zoo.. bila harimau menjadi tontonan dia takan garang nyerr...

 

Apa sifat-sifat yang perlu ada untuk menjadi pelajar AF9 kali ini..?? dan jika pihak astro telah memilih yang terbaek dari beribu-ribu yang datang uji bakat kenapa perlu ada penukaran pelajar tak konsisten untuk masuk ke dalam akademi bagi mengantikan pelajar yang bermasalah..?? pendirian Akademi nampaknya tetap sama.. banyak sangat konspirasi!!


Kalau diikutkan barisan tenaga penganjar kali ini memang nampak gempak habis.. dengan adanya Amy Search sebagai pengetua dan Ning Baizura aku anggap mereka dapat hasilkan seorang pelajar yang pergh!! tapi apa kan daya... semunya poyo dan gedik belaka...

Menjadikan Aznil sebagai host musim terakhir memang berjaya membuatkan suasana konsert sangat best.. tapi disebabkan pelajar-pelajar yang tah ape-ape.. nampaknya aku lebih suka tengok Ac mizal di Gelanggang Maharaja Lawak..!!


Aksi tarik beg bila waktu penyikiran tu memang adat AF.. tapi ape punya sengal sampai nak sedih-sedih.. nanges bagai nak rak padahal baru 2,3 minggu jerk kot dok kenal.. bukanya 2,3 tahun berpisah.. dan macam ko tak leh jumpe lagi plak pelajar yang kena buang tu.. tambah sekarang dok kat shopping complex.. hari2 boleh datang tengok kawan ko tu belajar kot!!

Berkenaan pentas pun aku nak komen gak.. kenapa perlu ada penyokong dok keliling pentas sambil berdiri cam tu..?? aku rasa AF dulu pernah buat dan siap kena complain lagi bila lelaki dan perempuan berdiri berkinjer-kinjer sambil ada yang memakai tudung dan free hair duduk sekali.. tambah kalau ade pelajar yang buat persembahan pakai skirt fendek.. aku memang nak duduk paling tepi pentas la kan..!!


Buat pengkritik.. nampak hebat!! so tunggu komen disebalik konsert yang ke 3 nanti yeah!!!


3 comments:

fatinz.efziey said...

tuu...laa...y si hazama pown na join af9 tuu nape..ukan da femez ke?hahhaaaa..komen y mantap!
XD

kenshiro said...

kalau lah ader ruang untuk blogger masuka kademi untuk mengkritik.. memang habis la aku sebat.. hahahaa...

ash said...

Tu la.. tetiba ada penukaran pelajar.. Pihak AF9 rasa program af musim xhangat la tu dengan adanya pelajar2 skrg ni.. huhu

KRITIKAN KOMEN JURI AF9