Astro melalui rangkaian Prima memulakan sambungan Raja Lawak dengan meningkatkan tahta Raja kepada Maharaja Lawak dengan harapan dapat mengutip duit pengundi-pengundi sms untuk mengkayakan dan mencantikan bank statement diorang..!! Lawak!!
Bermodalkan bekas - bekas pelawak yang pernah menyertai Rancangan Raja Lawak nampak gayanya Astro dah mula ketandusan idea..!! hari demi hari terasa rakyat Malaysia diperbodohkan dek Astro secara terang-terangan.. Lawak!!
Setahu aku Maharaja Lawak akan disiarkan di Prima untuk 2 minggu sahaja.. yang sekarang ambik pakej paling cikai boleh lagi tengok Maharaja Lawak sambil berguling-guling.. tapi besok lusa korang kena guling-guling korek tabung plak nak tambah pakej sebab kat Astro Warna yang diorang tayang!! memang lawak !!
Yang rasa menyampah kat lawak-lawak orang Malaysia dan rasa kredit telipon korang selamat dari mengundi mereka berhati-hati lah bila Akademi Fantasia pula muncul minggu depan.. tiba masanya pengundi setia jejaka dan awek baru muncul berada dikaca tv.. itulah saatnya air mata meleleh bukan sebab peserta terkeluar tapi Astro kena potong sebab lupa bayar bil.. lawak!!
Cukup time tak bayar diaorang potong.. nak sambung cas sambungan RM 20 plak!! tunggu 2,3 jam lepas call baru active.. diorang pandai buat lawak.. tapi kita tak gelak pun.. sebab diorang yang gelak!! sebab.. ?? kita yang bayar tiap-tiap bulan.. hujan belum turun tapi tv dah tak dapat tengok.. dulu cukup bangga dengan rangkaian tv tanpa iklan sekarang dah jadi tv penuh dengan iklan.. Lawak!!
1 comment:
hantu karipap :x
Post a Comment