Nuffnang Ads

Tuesday, April 26, 2011

Hazama juara AF9..??


Terasa malas kalau nak update cerita pasal Akademi Fantasia. tapi apa kan daya terasa nak update jugak sebab dok asyik mengikutinya. Konsert minggu lalu seperti yang disangka ada pelajar yang kena buang dan ada yang kena gugur.


Miza pelajar yang menjadi mangsa undian terkeluar.. pada mula AF9 Miza dilihat antara pencabar utama dengan vokal yang mantap.. tapi kenapa dia masih boleh keluar diawal pusingan yang belum masuk pertengahan babak AF9..?? myb rupa paras masih menjadi penentu.


Amir dan Aida pula pelajar yang terpaksa digugurkan atas sebab kurang perhatian dan tiada perkembangan dalam Akademi dan Persembahan pada konsert.. memang nama dua orang ini sering disebut2 bakal digugurkan selain Nera..  tapi Nera lebih bernasib baik disebabkan rupa paras yang cantik sudah pasti undinya lebih dan munkin nasib dia macam Marsha.

Amir pada Diari semalam ada menyatakan yang beliau boleh naik dengan sendiri dalam industri seni berbanding kawan-kawanya dalam Akademi.. hello Amir!! sedangkan yang lepas-lepas pun juara senyap sudah.. kau nak ugut-ugut cam tu pulak.. kau ingat ini Hollywood..?? 


Aida pula elok la habis kan pelajaran tu dulu.. sebab jadi penyanyi bukan boleh kemana sangat pun kalau kat Malaysia nie.. paling tidak meletop setahun dua jerk.. lepas tu asap pun tarak.. tapi adik kau punya suara memang best.. tapi tak taw la munkin disebabkan budak baru habis sekolah punya suara memang semua sedap.. tengok jerk suara budak-budak mengaji.. syahdu habis.. bila meningkat dewasa suara tu tak tentu sedap seperti usia muda.

Buat Fina dan Hazama yang menjadi pelajar yang diserap masuk.. tahniah diucapkan.. semoga perjalanan korang dapat pergi lebih jauh dan aku mengharapkan dua orang ini di final.. Fina punya suara yang tersendiri sampai cikgu fatimah tergedik-gedik tepuk tangan time dia nyanyi lagu Jack hari tu.. dan buat Hazama ramai yang dah muak dengan nama Hazama nie.. akhirnya dapat masuk jugak.. suara dia nie pun tidak kurang mengecewakan.. pernah beraksi sebagai penganti Lan Meet Uncle Hussien sudah cukup menunjukan kepoweran suara dia nie.

Rata-rata yang aku tengok selepas Hazama dibawa masuk ramai yang dah boleh jangka yang Hazama boleh jadi Juara AF9 kali ini. sebab kalau dilihat pada juara-juara yang lepas lelaki lebih banyak peratus untuk menang disebabkan kebanyakan pengundi datangnya dari wanita. adakah nasib Shahir yang tersingkir dan diserap masuk hingga menjadi juara akan dituruti oleh Hazama..?? sama-sama tengok nanti.

Tak sabar nak tunggu konsert minggu nie sebab aku nak tengok persembahan FINA!!! 





1 comment:

anim harizah said...

tak bestlah af kali ni...tah hape2 tah...