Nuffnang Ads

Thursday, May 19, 2011

Komen disebalik Nur Kasih The Movie..

http://4.bp.blogspot.com/-tz1ftZWGZwk/TbP66f-dYuI/AAAAAAAABf0/E000oPNagWc/s640/Nur-Kasih-The-Movie-Poster.png

Assalamulaikum.. gaya salam tu ibaratkan lah macam aidil yer!! okeh tertunai sudah hasrat dihati untuk menonton filem adaptasi dari drama yang ditonton oleh 19 juta orang.. Nur Kasih. tersyok tak terkata bila dapat tiket tayangan perdana di Panggung yang serba baru dan bau kedai!! MBO ViVA Home Cheras menjadi menonton.

http://www.cinema.com.my/images/news/2011/7c_mbovivahome00.jpg

Melihatkan keadaan panggung yang serba baru memang tak boleh nak dipertikaikan jika sebelum ini Plaza Uncang Emas yang dikenali dengan kedai-kedai orang cina kini sudah bertukar menjadi komplek perabot setanding IKEA. yang fail nya disini.. keadaan dalam panggung!! kalau korang tak caye pergi sendiri dan rasai menonton filem seperti dirumah!! 


Berbalik kepada Nur Kasih.. dari apa yang orang kecoh-kecohkan untuk pergi menonton filem ini kena bawak tisu.. sebab sedih sangat ceritanya.. tapi bila cerita dah nak masuk minit ke 60 aku masih boleh kunyah pop corn dengan rakusnya.. dah la tu.. gelak ketawa pulak yang ambil alih panggung bukanya tangisan.


Bagi yang mengikuti drama jangan samakan apa yang hendak disampaikan di filem sebab korang perlu berfikiran luas bila menonton filem. jalan cerita yang lebih banyak flash back story dari jalan cerita yang sebenar.. dan munkin juga akan membuatkan korang pening kepala sampai ke tempat parking kereta kalau tak tengok betul-betul ceritanya.

Tapi apa yang aku suka pasal Filem Nur Kasih ialah lokasi pengambaranya.. dengan suasana sawah padi menghijau dan rumah kampung memang nampak seronok habis!! dan kisah pengembaraan ke Jordan sangat membuatkan aku hendak pergi kesana.. dah kalah citer Narnia pun ader kalau nak di ikutkan. haih!!

http://limauais.com/wp-content/uploads/2011/05/Nur-Kasih-the-Movie-LimauAis-5.jpg


Ok apa babak-babak yang menarik..??

Paling Sedih - Ketika Adam berupaya mencari cincin Nur Amina yang hilang ketika kemalangan tren keretapi di gurun.. 

Paling Klakar - Seorang budak yang bernama Hassan yang berada dikawasan kemalangan keretapi menjumpai spek mata Adam.. yang hairanya.. si Hassan nie macam tak pernah jumpe spek mata hitam.. sampai tengah malam pun dia stay pakai spek mata tu!! hahaha...

Paling Sengal - Bila masuk 20 minit terakhir muncul watak Nur Amina dan Aidil yang sudah berusia.. memang sengal habis!! kisah fash back ketika didalam ambulans juga akan menyerlahkan lagi kesengalan cerita. teringat aku pada filem Papadom!

http://3.bp.blogspot.com/-G4lbeqZFQd4/TbQuMg1lhDI/AAAAAAAAAME/ebN4NANuzls/s1600/nur3.jpg

Jadi buat korang yang belum menonton aku syorkan jangan meletakan harapan yang tinggi untuk filem ini jika kau orang tak betul-betul menghayatinya.. apa pun diakhir cerita sebahagian penonton tepuk tangan.. dan menjadi tanda tanya bagi aku sampai sekarang kenapa mereka tepuk tangan sedangkan diorang gelak sakan dipertengahan cerita.. haih!

http://4.bp.blogspot.com/-ezVxnMubuIg/TciPhv6JkPI/AAAAAAAACos/8jNuVF-AEig/s1600/7nurkasihthemovie00.jpg

Aku kasi 3 Bintang dari 5 Bintang...



1 comment:

Ixora Azura said...

ape yg buat i x paham..x percaya malah rase pelik sgt..drama nur kasih dikatakan ditonton oleh 19 juta org..19 juta beb..bkn 1-10 juta..tp 19 juta!!!..

so, total rakyat malaysia pd mse skrg ialah 28 juta, hurm..balance tinggal 9 juta yg x tgk..(i trgolong dlm 9 juta ni) jd maknanyer...golongan knk2, remaja, dewasa dn org tua, serta bangsa melayu, cina dn india samada keje dn x keje, telah menengok citer ni..wow! jd kutipan filem ni sptt nyer mncecah 20M!! pecah panggung beb!!

maknanyer, khabir bhatia tlh brjaya klhkan dr rozmey dgn kutipan 20M! bkn stkt pecah panggung, bleh pecah punggung beb!! hahaha!

p/s; klu iye pon nk gempak, pihak penerbit xyah lh nk kuarkan rating yg agak bodoh tu..better fokus pd jln cerita yg menarik dn hebat!