Nuffnang Ads


Friday, May 20, 2011

Maharjalawak Minggu 8 : Kurang ajar punya Nabil

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHjLPrv_06TNzwcGzow-9uZ-1EMoEjTMF9XuQlp-tjLkwsnPOk8UwpIaK6cfbwrS6JIMenSdoW7cs4-Bulbbma3uCYeDbLxbQCtFe5BfYmFOUYwgGp8Q1C2Q3dvnvoDksAy12e0CH2kI4/s400/nabil.jpg

Selamat Tinggal buat Juara Raja Lawak musim ke 5 Man yang meninggalkan gelanggang Maharajalawak minggu ini. aku dapat rasakan tekanan yang beliau hadapi untuk membuat persembahan untuk hiburkan penonton bila minggu demi minggu yang tinggal bukan calang-calang.


Buat R2 yang kembali beraksi memperlihatkan kekuatan mereka pada hari ini.. tapi apa yang aku boleh cakap.. persembahan mereka masih biasa-biasa seperti dahulu walaupun ada perubahan tapi ianya tidak ketara dan sudah boleh dijangka.

Malam ini aku rasa persembahan yang paling best dan menghiburkan pun datangnya dari Kumpulan Sepah dan Nabil selain R2 yang juga tidak kurang hebatnya.. kehebatan Sepah dalam membuat lawak yang lain daripada yang lain sangat ditunggu-tunggu oleh penonton. kerjasama antara ketiga2 mereka membuahkan hasil dan dapat dilihat pada persembahan yang mereka buat.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/188038_195375423833255_4819672_n.jpg

Buat Nabil aku memang tak leh nak cakap apa.. memang dia punya keistimewaan dan punya bakat yang tersendiri dalam menghasilkan lawak berilmu dan terpelajar.. tapi aku cukup kurang senang dengan perangai beliau malam ini.. ibarat belum menang.. riak sudah nampak.. aku boleh cakap yang Nabil agak kurang ajar malam ini..

Apa perasan Amir dan keluarga bila Nabil terbahak-bahak ketawa dipermulaan persembahan..?? memang ia satu lawak yang sememangnya jenaka tetapi ianya ada hadnya.. jika diperlakukan berulang kali ianya boleh mendatangkan kebosanan dan kebencian pada orang.. harus diingat yang menonton bukan sahaja penyokong Nabil.

Kebiadapan Nabil diserlahkan lagi diakhir gelanggang.. disaat penyikiran apa perlu berlawak dan menunjukan yang dia seorang yang Happy Good Lucky tahap gaban..?? aku lihat Mamat Khalid cukup tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Nabil di saat waktu pengumuman penyingkiran peserta.

Diharap Nabil dapat tengok balik gelagat yang beliau telah lakukan malam ini dan nilai kembali yang mana perlu dan tidak perlu dilakukan untuk hiburkan hati orang. kita kena ingat yang kita berlawak untuk orang minat pada bakat bukan pada perangai yang tidak senonoh..


http://farm3.static.flickr.com/2711/4362097394_0700991171.jpg 

PEACE YAW!!!

No comments: