Nuffnang Ads


Monday, May 23, 2011

Meatball Ikea yang haram.. Babi dapat nama...

http://3.bp.blogspot.com/_aXSMcD-UtcM/S8xUpGdoLZI/AAAAAAAAAGk/-Eb5rXztfd4/s1600/meatball+IKEA.jpg

Kecoh satu Lembah Klang tambah-tambah lagi peminat setia berbola daging terbaik dari ladang di IKEA dikatakan haram.. menguncap panjang dibuatnya mana tak nya.. bukan sekali dua pergi melantak kat sana.. kadang-kadang sampai yang dah siapkan jadual setiap minggu harus melantak sepinggan dua untuk puaskan hati.



Jadi apa benar yang diperkatakan bahawa ia haram dan ader unsur babi dalam menu berkenaan..?? agak cetek pemikiran orang yang hanya anggap bila sesuatu makanan itu ditarik balik atau duharamkan mesti ader hubung kaitnya dengan babi.. kenapa babi yang dipersalahkan.. kenapa kita tak salahkan pihak yang menyediakan makanan itu..??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhH9xDozGyDan5jbnQPktYmWv3PXrjy5RUF-jB8OFirrIENhE2lxjEAAzlS0BQ7iX6Epxkzi3Dm7fxYC1NvGPzgODy91TP8D_9oE9gtTpU2TdPyKYAUrNsWbopB4vRpnMK5DCx-Q_OZkY6q/s400/HALAL_MALAYSIA_16162018.jpg

Ada beberapa sebab untuk pihak yang bertanggungjawap dalam mengeluarkan sijil halal berhak menarik balik sijil halal.. tidak hanya kerana babi.. banyak sebab yang boleh menyebabkan status atau pensijilan halal itu ditarik balik.. standard pensijilan yang diguna pakai oleh Jakim adalah seperti berikut.

STANDARD MALAYSIA
BEKENAAN MAKANAN HALAL
(MS 1500:2009)
Standard Malaysia bertajuk ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum (MS 1500:2009) telah dibangunkan di bawah Sistem Pembangunan Standard Malaysia yang di bawah tanggungjawab Jabatan Standard Malaysia (DSM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Standard Malaysia ini merupakan satu daripada lima inisiatif Kerajaan di dalam merealisasikan Malaysia sebagai pusat makanan halal.

Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Standard Perindustrian Kebangsaan yang berkaitan dengan Halal (ISC I) yang mana telah diwakili oleh pelbagai organisasi termasuk JAKIM yang merupakan Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal yang berkaitan untuk gambaran menyeluruh sistem pembangunan standard di Malaysia dan kaitan ISC I di dalam sistem ini.

Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang praktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambah nutrien). Ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan di Malaysia. Ia akan digunakan oleh JAKIM sebagai asas untuk pensijilan tetapi akan ditambahkan dengan banyak keperluan yang lainnya bagi melengkapkan proses pensijilan.

Dokumen ini telah melalui proses yang diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai contoh; Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO), di mana sistem pembangunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti Kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yang sama.

Pada masa hadapan, adalah diharapkan agar Standard Malaysia (dokumen rasmi Kerajaan) akan dipromosikan di luar negara dan diiktiraf oleh negara-negara lain atau blok seperti Amerika, Eropah, China dan negara-negara ASEAN, dll.

Munkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan food court di IKEA itu ditutup.. jadi pada mereka yang sering buat spekulasi tak tentu pasal tu diharap berfikir panjang sebab setiap apa yang kita kata dan cakap itu boleh mendapatkan dosa-dosa kecil yang lama-lama akan menjadi besar jika tidak dikawal. 

Aku bukan nak backup Babi tapi cuma inginkan kepastian yang benar-benar supaya kita semua tidak menjadi mangsa pembohongan orang lain. lupakah kita pada ubat gigi Colgate yang pernah dikaitkan dengan babi..?? sosej bersarungkan babi..?? 
Best sangat kah babi..?? setahu aku harga daging Babi pun bukanya murah.. kalau nak dibandingkan dengan daging batang pinang keluaran lembu. jadi hanya peniaga yang bodoh tahap gaban sahaja yang akan merosakan minda orang islam dengan mencampurkan babi dalam menu makanan.

5 comments:

Shafiza said...

Kerana samak, khinzir dapat nama. Tapikan, kalau sebab samak mestilah hal yang berkaitan binatang tu kan?

Yuyu Zulaikha said...

kesian babi :'(
mesti babi tengah touching :(

Drunbella Khoo said...

kalau babi tahu nasib dia macam neh, mesti dia tak nak lahir sebagai babi.
eh.
tadi baca entry sapa ntah kata halal pulak.
nasib baik laa i tak penah makan benda neh.
kalau ragu-ragu, baik tak payah makan kan.
setel masalah.
=)

kenshiro said...

hahaha ramai yang masih kesiankan babi rupanya.. hehehe/...

status terkini : pembekal meatball kepad ikea itu adalah sebuah syraikat yang diiktiraf sijil halalnya.. dan kini yang menjadi persoalan kenapa food court itu ditutup masih belum dapat dipastikan./.:)

Rosie Posie said...

aku tau dot...ko adalah salah sorang yg jadual hari sabtu kol 2 petang = makan meatball kat ikea... =)) wakakakakaka sama cam aku!!