Nuffnang Ads


Friday, September 16, 2011

Perodua Myvi.. Lagi Best.. Lagi Power.. Lagi Tak Boleh Bla..




Jika dimula perkenalan jenama kedua kereta buatan Malaysia Perodua.. Perodua Kancil lah yang menjadi kebangga syarikat itu.. dengan taraf sebagai kereta mampu milik yang amat sesuai untuk golongan muda dan yang berpendapatan rendah. variasinya berubah-rubah saban tahun sehinggalah habis semua nama binatang yang ada dihutan digunakan sebagai nama kereta.. dari kancil, rusa dan ikan kelisa diguna pakai oleh syarikat Perodua untuk menarik minat pembeli.

Kemunculan Myvi agak berlainan.. dari namanya saja orang dah tak tentu arah.. kemunculan Myvi pertama kali pada tahun 2005 telah menarik minat rakyat malaysia untuk memilikinya.. kena pada konsep baru dan mampu milik. 

3 tahun berada dipasaran Myvi menjadi kereta kopak paling laris di Malaysia.. hampir setiap jalanraya boleh kelihatan perodua Myvi. dimuat turun dengan 1000cc dan 1300cc sudah cukup membuatkan orang merempit bersama keluarga sambil makan angin. Myvi juga mengalami nasib seperti Kancil dimana saban tahun ada saja naik taraf yang dilakukan. sehinggalah munculnya Perodua Lagi Best!!





Selang beberapa bulan kemunculan Perodua Myvi yang Lagi Best itu.. Semalam muncul pula Model Myvi SE dengan enjin 1500cc yang akan membuatkan pengorder terdahulu geget jari sampai putus.. lepas tu nanges laju-laju!!






Apa pun setakan kini lebih setengah juta Myvi dari pelbagai spesis berada dijalan raya Malaysia.. Tahniah!!


Lagi Tak Boleh Bla.. bila Myvi bukan sahaja boleh membawa penumpang yang kebiasaanya manusia.. tetapi Kerbau yang bertanduk juga sudah mulai menumpang Myvi.. hebat kan..?? itulah hakikatnya..






CHUKAI: Sekumpulan empat lelaki yang mencuri kerbau bertindak kejam apabila memenggal kepala haiwan dan bahagian badan lain sebelum menjual dagingnya di sekitar Kemaman.
Kumpulan membabitkan lelaki berusia 20-an terbabit yang dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak awal Ramadan lalu turut bertindak agresif apabila melakukan kekejaman terhadap haiwan berkenaan sebaik ia ditangkap sebelum memasukkan bahagian badan yang dipotong ke dalam kereta.

Namun, kekejaman kumpulan lelaki yang dipercayai sudah mengaut keuntungan besar hasil daripada kegiatan itu berakhir apabila mereka ditahan selepas gagal melarikan diri ketika kenderaan dinaiki dikejar anggota polis, awal pagi semalam.





Kereta Perodua Myvi dinaiki kumpulan terbabit terserempak kenderaan polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah di Kampung Padang Kubu, kira-kira jam 1.30 pagi.



No comments: