Nuffnang Ads


Wednesday, October 12, 2011

Bob Lokman cakap dia tak ceramah pasal politik.. Tapi dia ahli Pas..




PETALING JAYA: Pelakon Mohd Hakim Lokman atau Bob Lokman,47, menjelaskan kehadirannya di sebuah masjid di Sungai Lui adalah untuk memberi ceramah mengenai agama semata-mata untuk mendidik umat Islam mendekatkan diri kepada Allah dan bukannya menyebarkan fahaman politik.

Pelakon itu berkata kehadirannya tidak mempunyai agenda terselindung ataupun mahu mempengaruhi orang ramai menyokong parti politik tertentu.
"Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor atau meraih populariti.
"Tambahan pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah di sisi agama," katanya.


Diatas adalah petikan susulan penahanan Bok Lokman oleh Jabatan Agam Islam kemarin. apa kesimpulan yang boleh kita cakap disini..??



Mari bercakap tanpa sebarang ideologi politik.. 


Selangor menguatkuasakan perintah dimana barang sesiapa yang hendak menyampaikan dakwah atau sebarang ceramah harus mendapat tauliah dari pihak Jais.. jadi seluruh manusia kat Malaysia aku rasa dah taw akan syarat nie.... 

Jika Bob Lokman tidak bercakap pasal politik.. kenapa beliau tidak mendapatkan tauliah terlebih dahulu untuk menyampaikan ceramahnya..?? tak kan nak dapat tauliah kena tunggu 3 tahun hendak diluluskan..??

sesiapa yang ingkar boleh didakwa (menyampai ceramah tanpa tauliah) boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Jais, Seksyen 119 (1) yang  jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Komen aku disini.. jika kita sudah join atau masuk politik kita tak akan duduk diam dan akan bercakap jugak pasal politik tak kira dimana kita berada. tak kiralah kita umno,pkr,pas atau dap sekali pun.. semuanya sama.

No comments: