Ada cerita sejarah yang menyatakan Raja Naragasura yang kejam pada suatu ketika dahulu telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. wasiat terakhir Raja Naragasura sebelum mati meminta semua manusia agar meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Di negara kita sambutan Deepavali tidak kurang meriahnya dimana penganut hindu akan mendi minyak sebagai lambang penyucian dan semangat, selesai mandi minyak.. mereka akan ke kuih dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Hari minggu aritu bertempat di Jalan MAsjid India di adakan pesta makanan oleh penjaja sekitar itu yang dirasmikan oleh Tan Sri Muhiddin Yassin..
Kuih2 traditional masyarakat hindu yang boleh didapati pada pesta itu..
Cantik kan..??
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
2 comments:
selamay menyambut shiro~
ko pun.. tak balik kampung kew..??
Post a Comment