Nuffnang Ads

Monday, October 24, 2011

Himpunan Sejuta Ummat.. Tak sampai sejuta.. tapi bermakna..





Hari Sabtu yang lepas bertempat di Stadium Shah Alam telah diadakan perhimpunan sejuta umat dengan tema menyelamatkan akidah umat islam. walaupun tajuk perhimpunan tu gempak sampai sejuta tapi matlamat penganjur hanya 100 ribu pon jadi lah.. tapi yang hadir hanya sekitar 10 ribu orang saja yang dapat aku lihat.

Aku berpeluang untuk pergi melihat dan mendengar apa yang hendak diperkatakan.. walaupun tak mengikutinya sampai habis tapi aku dapat rasakan akan semangat mereka yang datang dari segenap lapisan umur sudah cukup membuktikan masih ada yang peka akan isu berkaitan islam ini.

Dari tengahari lagi aku dah datang ke stadium untuk melihat akan kejutan yang munkin berlaku.. yerla sejuta umatkan... last2 aku tengok bas yang bawak anggota rela tu lagi banyak dari orang yang datang.. aku balik dan datang semula jam 5 petang.. keadaan sudah bertukar.. ramai khusyuk mendengar ceramah di dalam stadium.. alhamdulilah.. 






Posisi berdekatan dengan pentas ceramah.. memang penuh sesak...



Mereka datang bukan untuk suka-suka.. tapi mendengar...









Media diletakan ditengah bar lapan.. memang ramai yang hadir.. terkejut gak tengok..



Dibawah adalah petikan ucapan daripada pengerusi Himpun.. Dr Mohd Yusri..









Thanks Video by : Minaq Jinggo









No comments: