Nuffnang Ads


Monday, October 24, 2011

Kematian Marco Simoncelli.. Litar Sepang dilabel sebagai paling merbahaya didunia..

http://www.repubblica.it/images/2011/10/23/203955902-6c0bdcb6-7d30-439d-bc8a-bb3c74dd64d8.jpg




Litar Antarabangsa Sepang semala mencatat sejarah hitam apabila penunggang San Carlo Honda, Marco Simoncelli maut dalam perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia semalam. kemalangan pada selekoh 11 litar sepanjang 5.350 km ini telah mengejutkan dunia pemotoran seluruh dunia.

Insiden maut itu menyebabkan perlumbaan kelas berkenaan dibatalkan, petang semalam.
Penunggang 24 tahun dari Itali yang menaiki podium di GP Republik Czech pertengahan Ogos lalu tergelincir ketika mengambil selekoh sebelum Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) yang tidak sempat mengelak terlanggar Simoncelli hingga menyebabkan topi keledar Simoncelli tercabut.









 *kesemua perlawanan liga bola sepak italy semalam memberi penghormatan kepada beliau..


Turut terbabit dalam insiden pertama kali membabitkan kematian di Litar Sepang itu ialah Valentino Rossi (Ducati) tetapi penunggang veteran 32 tahun itu sempat mengelak dan bergerak ke dalam garaj pasukan sebelum dihentikan.

Berita malang itu disahkan Pengarah perubatan MotoGP, Dr Michele Macchiagodena dalam sidang media khas mengumumkan masa kematian penunggang itu pada jam 4.56 petang kerana kecederaan teruk di bahagian dada, tengkuk dan kepala.

Ada berita yang menyatakan Marco pengsan ketika dalam perlumbaan.. ini dilihat pada kedudukan beliau yang mula rebah ketika mengambil selekoh ke 11 itu. kedudukan beliau pada masa itu adalah berlainan dari posisi pada kebiasaan penunggang lain.
Litar Sepang pernah di label oleh beberapa perluma Formula One sebagai antara litar yang paling sukar dan merbahaya didunia.. bukan kerana track atau reka bentuk litar tetapi mengenai cuaca di litar yang boleh mencecah 42 darjah celcius sudah cukup membuatkan sapa sahaja yang berlumba memerlukan tenaga dan stamina yang kuat.

Takziah diucapkan.. kehilangan beliau bukan sahaja dirasai oleh peminat beliau tetapi rakyat Malaysia..



Sekitar Tragedi..


Pengurus Pasukan San Carlo Honda yang tidak dapat menerima hakikat akan apa yang menimpa perlumba kesayangan beliau.







Yang baju merah tu la awek Marco...








Awek sape yang tak sedih bila balaknya excident... aku lak sedih tgk awek nie..






Rossi meletakan harapan kepada Marco untuk mewarisi kejuraan dunia yang dipengang beliau...



Mereka ibarat adik beradik...


Perginya seorang perlumba handalan...



Kenangan tahun 2010 di Sepang..



No comments: