Nuffnang Ads


Tuesday, January 10, 2012

Nak cari Ramli atau Lionel Messi



Lionel Messi semalam dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia Fifa untuk tahun ke tiga berturut-turut sekali gus menjadi pemain bola sepak pertama didunia yang berjaya mengekalkan trofi emas pemain terbaik dunia buat tahun ke tiga berturut-turut.





Dimajlis Ballon d'Or yang berlangsung di Zurich, Messi mengalahkan persaing terdekatnya Cristiano Ronaldo dari kelab Real Madrid bagi menidakan harapan penyerang Portugal itu membawa pulang title pemain terbaik dunia yang pernah beliau dapat pada tahun 2008.

Ballon d'Or adalah gelaran anugerah pemain terbaik dunia setelah dahulunya gelaran ini diberikan khas untuk pemain terbaik benua europah sahaja. dan kali ini Ballon d'Or telah digabungkan dari Persatuan Bola Sepak Benua Europah dan Badan Bola Sepak Dunia (FIFA) untuk menjadikan gelaran itu sebagai Anugerah Pemain Terbaik Dunia.


Fakta mengenai Lionell Messi 


Nama Penuh - Lionel Andres Messi - Tarikh Lahir 24 Jun 1987 - Berasal dari Argentina - Diperingkat Negara beliau telah mewakili Argentina sebanyak 66 perlawanan dari kesemua perlawanan itu beliau menjaringkan 19 gol - Di Liga Argentina mewakili Kelab El Clasico beliau menghasilkan 14 gol dalam 26 perlawanan liga pada tahun 2006 permulaan karier nya - sehingga beliau berjaya bertapak didalam Kelab Ternama Sepanyol Barcelona - sepanjang berada di Barca beliau telah menjaringkan 53 gol -








Ini Messi..

Lahir dalam keluarga yang susah dimana ayahnya Jorge Horacio Messi seorang pekerja kilang besi dan ibunya Celia Maria Cuccittini seorang cleaner sambilan, Messi mempunyai 2 orang abang iaitu Rodrigo dan Matias, permulaan karier beliau diasah oleh ayahnya ketika kelab Gradoli, Argentina.

Diharap pemain-pemain bola sepak kebangsaan dapat mencontohi Messi bukanya Ramli yang hanya berlakon di Iklan sahaja.






Untuk dapat Ramli kita kena jadi Messi terlebih dahulu..



No comments: