Nuffnang Ads


Tuesday, February 28, 2012

Komen disebalik Adnan Sempit 2





Adnan Sempit 2 Filem Adnan Sempit 2


Dah lama gila rasanya aku tak update pasal filem.. ini bermakna selama itu jugaklah aku tak tengok wayang, jadi hujung minggu yang baru lepas nie aku berjaya juga tengok "adnan sempit2" cerita sambungan adnan sempit.

Secara keseluruhanya filem nie aku rasa memang terbaik!! dan sesuai ditonton seisi keluarga.. lawak baru dengan idea yang agak berlainan dengan filem yang pertama dahulu walaupun watak dan sambungan cerita tu nampak tak lari tapi penceritaan yang disampaikan itu betul-betul membuatkan aku kusyuk habis menontonya.







Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

 

Mengisahkan mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia. Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan. Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Inggeris? Semuanya akan terjawab dalam Filem Adnan Sempit 2.










Komen - komen rakyat Malaysia yang sudah menonton Filem ini :-



  2010reydean

 alhamdulillah,best..menghiburk
­an..dtg tengok beramai2.. sam macam biasa terbaek..intan bagus,along,angah..best,wawa..­i love you..haha..aku suka yana..baca kosmo arini dia kata suka makan jamu..pil rapat2 masa remaja.. tgk dalam filem pun dia jual pil rapat doktor romli... haha..yanaa.. marry me!overall.. terbaekkkk dari segi hiburann santai..enjoy



PinkRock258
dah tengok cerita nie tadi . sumpah best gilerr . hahaha ! pantun dyorg ..
machester lawan Phulhemnt ,
Awak dah salah pehem .. hahaha


  amo81015

 aku baru je tgk wayang cite ni tadi. memag best. lawak habis babe. korang tgk lah. aku yakin korang tak kecewa.


lopattike 

 Aku dah tengok ! memang best !! tak keterlaluan aku kata, filem second ni lebih best dari filem first dia. Toksah duk download illegal, pergi je tgk kat panggung. Aku jamin filem ni tak mengecewakan korang semua !!!....











* AKU KASI 4 BINTANG!!!


1 comment:

Izzat Aziz said...

tengok dalam astro first je lah bila keluar nanti..haha