Nuffnang Ads

Wednesday, March 21, 2012

Silinder LPG komposit 1Malaysia tong gas generasi baru..!!




Sejak dari kecil lagi kita didedahkan dengan tong gas besi yang sangat berat utk ditukar setiap kali habis.. dan itu juga salah satu sebab kemalasan untuk pergi ke kedai untuk menukarnya.. berat tong lagi berat dari isi memang banyak kali jugak kena berfikir kenapa org wat tong gas dari besi!





Tak terbayang rasanya kalo rumah kita tingkat 12 dengan lif yang rosak tiba-tiba gas habis.. memang dapur tak berasap la jawabnya.. orang yang hantar gas sampai tingkat atas pun rasanya tak berbaloi untuk cas seringgit dua semata2 nak angkat tong gas korang ke depan rumah.

Silinder LPG komposit 1Malaysia satu revolusi baru tong gas untuk penduduk Malaysia.. sudah tentu satu berita yang menarik untuk para ibu-ibu didapur.. kecil, ringan dan selamat... itulah yang kita bayangkan.. tidak seperti tong gas besi yg selama ini kita gunakan kadang2 ibarat bom jangka.. bila-bila boleh meletup.. nak memasak pun tak aman.!

Perdana Menteri hari ini melancarkan Silinder LPG Komposit 1 Malaysia atau SL1M bakal berada di pasaran awal tahun hadapan sudah pasti akan menjadi pilihan rakyat Malaysia.. ini akan menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Tenggara mengunakanya.

Tong Gas Silinder ini sudah mula diperluaskan pengunaanya di negara-negara barat dan rantau teluk sejak tahun 2000 lagi.. kini Malaysia akan menikmatinya dengan hasil buatan tempatan.. chaiyok!



Keistimewaan SL1M

- Lebih Ringan
- Senang dibawa
- Tahan Lasak
- Selamat
- Penjagaan yang mudah
- Kos lebih rendah