Nuffnang Ads


Friday, October 12, 2012

Final Piala Malaysia 2012 : Kelantan vs ATM




Tahniah buat pasukan kijang yang melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan cemerlang sekali.. menundukan juara 32 kali Selangor, dengan corak permainan yang mantap dan strategi berpasukan yang baik membolehkan Kelantan kini menjadi pasukan bola sepak no satu Malaysia.





Pertemuan akhir nanti skuad Al Jabaar akan bertemu dengan pasukan Si Pewira Negara.. ATM yang sememangnya musim ini dibarisi bintang-bintang hebat bola sepak tanah air.. apa pun misi ATM yang lebih penting adalah kemarau 49 tahun mereka di final sudah lebur.. sasaran mereka adalah membawa Piala keagungan bola sepak negara yang juga piala tertua di Asia ke dalam Kem!

Berada di stadium shah alam menyaksikan pertembungan separuh akhir ke dua Selangor dan Kelantan buat kali pertama memang satu pengalaman yang menarik.. dua musuh tradisi yang sememangnya mempunyai sokongan penonton yang luar biasa.. kehadiran ke stadium untuk melihat sendiri keganasan penyokong kelantan seperti dikhabarkan sebelum ini nampaknya silap.. penyokong kelantan nampak lebih tertib dan sopan berbanding penyokong selangor.



Tekanan munkin menyebabkan penyokong Selangor bertindak diluar batas sehingga ada yang bertindak melemparkan objek-objek yang tidak sepatutnya dipadang.. cacian dan makian kedengaran dari mula sepak mula sehingga tamat.. beza dengan penyokong kelantan.

Apapun tahniah buat Kelantan..


Tuesday, October 9, 2012

Felix Baumgartner.. Manusia pertama pecah kelajuan bunyi.



  Felix Baumgartner munkin menjadi salah seorang yang popular esok dimana percubaan beliau untuk terjun dari belon udara dari jarak ketinggian 120 ribu kaki!! atau 36 Kilometer dari lantai bumi.. iaitu satu jarak ketinggian yang cukup untuk kita melihat keseluruhan bentuk plenet bumi.



Misi utama beliau adalah memecahkan rekod terjunan selain mengkaji sama ada manusia boleh jejaki kelajuan bunyi.. satu kelajuan yang sememangnya laju.. lebih laju dari sebuah pesawat penumpang..  Misi kerjasama Red Bull ini diberi nama Red Bull Stratos.. dimana Felix akan dibawa ke angkasa dengan belon udara yang terbesar didunia.. belon yang apabila diterbangkan ianya sebesar bangunan 55 tingkat.. atau lebih senang digambarkan belon itu sebesar Menara Telekom di Bangsar!!

Untuk rekod sebelum ini Joe Kittinger pernah melakukan penerbangan belon udara pada ketinggian 102.800 kaki.. itu pun pada tahun 1960, hari ini Felix akan cuba memecahkan rekod setengah abad itu dengan kelebihan 18,000 kaki..!


 Pakaian yang akan digunakan Felix.. memang serupa pakaian angkasawan sudeh..



 Perbezaan belon.. dan yang paling besar tu adalah belon misi Red Bull Stratos..!!

 Gambaran terjunan Felix..


Kalau korang bertuah leh la tgk Live terjunan Felix yang sedang berlangsung sekarang!!

Just Click link kat bawha nie..

Launch countdown

 

 

Adakah mereka akan berakhir di jinjang pelamin..??



Adakah percintaan itu akan kekal sehingga ke jinjang pelamin..?? atau hanya sekadar mengisi masa lapang..?? atau hanya suka-suka..?? banyak diluar sana munkin dlm kehangatan bercinta akan menaruhkan pelbagai jaminan tanpa batasan yang mereka akan bersama sehingga akhir hayat.. akan tetapi semuanya ketentuan tuhan.. kita hanya menentukan..


Puteri Sarah dan Amar.. lama sudah bercinta.. bergaduh.. rasa nak putus.. sampai skang masih camtu.. sampai bila agak nya.. 

Adakah percintaan itu untuk mengisi masa terluang..?? Apek sebelum ini pernah putus tunang.. dan pernah juga ada kaitan gosip cinta yang tak boleh bla dia punya hot!!


Bertahun2 bercinta akhirnya Awal dan Scha menjadi suami isteri jua.. jeles kok!


Yusry dan Lisa juga telah membuktikan yang cinta itu tidak kenal darjat atau apa jua situasi si bakal suami..

Atau ianya hanya sekadar monoloq cinta yang boleh bertukar ganti tanpa kita sedari berapa lama kita mampu bertahan.. hurmm bertuah badan..


* Nukilan masa terluang..:)







Kemaruk glemer artis Malaysia..!!



Sejak dua tiga minggu lepas nie ade beberapa berita pasal artis negara ini yang boleh tahan loyanya.. sampai satu tahap budget hot gila vavik mengalahkan artis Hollywood.. hadoi!

Munkin itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan publisiti yang mudah akan tetapi pengorbanan yang mereka perlu lalui adalah cacian dan makian orang ramai.. 


Gambar berkepit cam nie pon leh jadi isu yang akan meletup mengalahkan bom atom.. tambah2 bergambar dengan pelakon hot Indonesia nie.. huh!



Setiap majlis anugerah pasti ada bahan panas untuk diceritakan.. terbaru isu pakaian seksi anak Amy Search nie.. Nabila menepis yg beliau bukanya bogel pun dtg Anugerah Blockbuster Astro.. cuma terbelah2 jerk.. myb sedang memancing suami baru barangkali..


Video tarian seksi pelakon cantik gile Izara Aishah juga tidak kurang hebatnya.. walaupun video itu dah berzaman lamanya.. tapi bile dah ada nama nie.. video tok kaduk pun org akan jaja satu dunia.. cuba dia bukan pelakon.. dan hanya sekadar anak penjual kuih.. haram orang nak kisah kot!




Erin Malek.. memang selalu aku dengar.. tapi jarang sekali aku tgk dia nie pelakon ker penyanyi ker pun entahlah.. tapi cerita yang selalu org keluarkan semuanya hot gituw.. terbaru pasal gambar yang dia up kat Instagram.. dari penilaian aku boleh aku gambarkan budak nie gile seks wakakaka... tak perlulah dedah gitu2 kat org ramai.. baik bogel terus pasti ramai yang suka..






Tuesday, October 2, 2012

Dj Julie Diana 104 nyaris diculik, bunuh dan bakar




Seorang DJ yang bertugas di stesen radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff, 34 telah mendakwa dirinya nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu. Insiden tersebut berlaku sewaktu Julie sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, Johor Bharu setelah tamat bekerja pada hari tersebut. 




Menurut Julie, kereta Proton Neo yang dipandu olehnya secara tiba-tiba dihalang oleh sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah, dan kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas.“Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau,” kata deejay radio Best 104 itu lagi.

Namun begitu, menerusi laporan di Sinar Harian Online hari ini, Julie menyatakan dirinya bernasib baik apabila sampai di lokasi yang dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati untuk membunuhnya.“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya.’

“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” ujar Julie penuh bersyukur.





Julie Diana kemudian membuat laporan di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.