assalamulaikum
orait.. adakah korang2 semua sudah pergi kew expo pertanian yang digelar MAHA 2010 ..??
kalau belum pergi.. cepat2 ajak mak ayah korang pergi.. kalau boleh bawak la pakcik2 dan jiran tetangga skali kerana banyak benda best ada disana.
aku dah pergi dan berkampung disana selama 3 hari.. tiba masanya untuk aku komen.. lepas baca nie jangan plak korang takut nak pergi plak. aku rasa ada baik dan buruknya.. tapi bila buruk semuanya boleh diperbaiki.. tapi tak taw la.. datuk noh omar nak ker baca aku nyer blog..?/ haha.. komen ngomel jerk lah eh..
* nie laman sayur mardi.. semua jenis sayur ada kat sini..
mari aku cerita benda baik dahulu..
Disini korang akan mengenal akan bebagai2 bentuk tumbuhan yang korang akan pelik dan konpius sebab munkin selama ini korang cukup kenal dengan tumbuhan tu mengikut dengar jerk bukan tengok dengan kepala sendiri.
* PM melancarkan benih padi terbaru.. padi nie anti ulat perosak..
dari bentuk sayur sampai lah ke pokok kelapa sawit dan geharu korang leh belajar di expo nie.. sape yg tak pernah tgk penyu secara live boleh datang sekarang sebab kat sini jabatan perikanan bawak ramai gak penyu hidup utk tontonan korang.. dugong pun ada.. ikan ape tah lagikan...
* Penyu agar..
* kepala otak kambing berjambul..??
lupakan bab ikan dan sayur2 itu.. sebenarnya expo ini lebih menjurus kepada pengenalan produk2 terbaru dalam pertanian dan juga penemuan2 terbaru dalam menambah baik baka-baka yang sedia ada.. dari pada padi sampailah ke ubi kayu semuanya telah di upgreat.. bayangkan ubi kayu besar peha korang!! kalo korang kurus banyangkan ubi kayu tu besar korang...
* bagi mereka yang nak borong pokok.. motosikal ini sedia membawa benih2 anda ke kereta.. hehe
tu ubi kayu.. kalo tengok kambing plak jgn korang konpius antara kambing ngan lembu sebab kambing kat sini semua macam lembu.. dan lembu plak macam kambing..?? tak!! lembu stay macam lembu.. tapi ramai kata lembu kat expo nie cantik2.. aku konpius!! tang mana yg cantiknya lembu tu.. hahaha...
* cantik tak lembu nie..??
* gambar aku rembat.. tapi ini kambing ok..
yang gila tanam bunga wajib datang.. banyak anak benih terbaik dari ladang terjual disini pada harga murah kiranya YES la nie year end sale.. nak jugak tu.. paling banyak bunga orkid.. macam2 bentu dan warna ada.. rambang bijik mata dibuatnya.. rasa nak semua lah!!
bazar makanan popular!! Hall D memang terbaik.. kat bazar nie disediakan kios2 makanan popular dari seluruh negara.. dan mereka2 yang berniaga disini adalah yang terbaik dari setiap negeri.. kalau dah terbaik sudah pasti merupakan yang tersedap.. daripada gulai ikan patin pahang sampailah kew satay tulang rembau ada disini.. memang best!!
keburukan..??
Tapak expo ini terlalu besar.. besar gile!! kalau sehari bejalan aku rasa tak kan habis.. lepastu.. korang kena naik bas persiaran.. ala2 bas kat zoo tu untuk ke sesuatu tempat.. bukan semuanya duduk sekelompok.. untuk tengok lembu dan binatang2 ternakan lain korang harus naik bas tu.. kalau nak ke rumah2 negeri2.. ala2 taman mini kat melaka tu.. korang kena naik bas lagi satu.. system dia ader dua bas.. nampak senang tapi kalo pertama kali datang memang gila susah.
parking kete.. cukup jauh..!! jauh dan penat dan panas.. diharap tahun yang mendatang ianya boleh diperbaiki.. kesian tgk orang2 tua2 bertongkat jalan jauh2.. tu baru nak gie tgk kambing beso lembu.. belum nak gie tgk orkid lagi.. silap2 tak sempat tgk orkid dah jalan..
gerai berniaga yang cukup banyak.. dengar cerita ada 2000 tapak org berniaga.. gila tak..?? macam2 diorg jual.. yang jual makanan asas tani tu boleh la terima lagi.. siap yang ada jual baju bundle tu agak pelik sket.. dah masuk dalam pertanian gak kah..??
akhir kata.. untuk korang2 yang belum pergi lagi.. aku nasihatkan.. pergi la cepat.. ada seminggu lagi nie.. 5 hb last.. masih berpeluang korang bawak anak bini, awek dan mak ayah korang berjalan dan mengenal benda2 yang tak kan korang jumpe tambah2 yang dok kat kl nie..
* agak2 korang dah berapa lama makcik nie tak jumpe ular..??