Nuffnang Ads


Tuesday, August 10, 2010

10 sebab yang korang jangan lakukan pada esok hari..



aku ingatkan disini supaya bila korang baca dan korang tak kan lakukanya pada esok hari..

1. Bangun pagi-pagi seperti biasa bukak peti ais teguk air dalam peti sampai ke usus perut terakhir. tanpa memperdulikan sebarang makhluk yang hadir disekeliling anda.

2. Dengan penuh kasih sayangnya mengorek hidung dalam kete dalam perjalanan ke office..

3. Bila nak kuar gie keje korang pergi ke tempat yang selalu korang beli nasi lemak.. tapi bila tengok makcik tu tak berniaga.. sambil berkata dalam hati.. asal makcik nie bukak lambat ari nie.. sambil menghentak2kan kaki...

4. Pergi ke kedai mamak sambil teriak cam hari2 biasa.. "mamak~!! teh tarik satuu, roti banjir "..

5. Bila setengah jam pertama di office.. kebosanan melanda.. apa lagi.. kuar office dengan agak macho nya isap rokok.. siap hembus2 wat bentuk love lagi asap tu~!!

6. Bila time lunch korang siap ajak member office gie mcd.. nak try GCB~!! burger tu dah kuar berminggu lepas baru hari nie ko nak try..!! 

7. Dengan rasa bangganya makan cekedis yang sememangnya sedia ada dalam laci meja korang.. siap ngan keropok losong n colek cilinya skali...

8. Tabiat mengunyah gula2 getah sambil membuat belon sebesar penampar pastu meletupkanya.. dan dengan asyiknya melakukanya berulang kali..

9. Petang menjelma.. time beli goreng pisang seperti biasa korang akan rasa dulu kuih2 lain yg dijual makcik tu sementara goreng pisang dalam kuali tu masak..

10. Balik dari membeli belah dibazar ramadhan sampai dirumah dengan pantasnya ambil mangkuk tuang kuah laksa dan makan sambil tgk senetron sampai kenyang..




Bila bulan ramadhan disambut macam nak raya...

Hari ini.. hari terakhir untuk orang muslim melantak disiang hari.. dikhalayak ramai lagi.. esok anda bolehlah start lupakan untuk bersantai sambil makan lunch set mcd dengan harga yg murah dengan bongkak nya.. kerana kemunkinan esok bermulalah ibadat yg sungguh perit untuk umat islam iaitu berpuasa seharian dari subuh hari hingga ke mahgrib.. yang keje dalam opis munkin buleh tahan kot sebab duduk dalam icon.. tapi sure mata korang bakal rabak bak burung hantu tercekik asam boi la kan menahan ngantuk..

dugaan yang paling mencabar sampai tak tercapai akal mu sudah pasti yang berkerja di luar.. maksud kak tipah yang bekerja dengan terik matahari.. cam posmen.. kontraktor binaan.. yg jaga parking.. perghh!! mau berasap kepala otak dek dugaan yang datang.. tapi bagi yang memang tak puasa tu tak leh nak komen ape la kan.. sendiri mau ingat..

hari nie dikawasan2 lapang sudah didirikan tapak2 untuk bazar ramadhan.. bersepah2.. siap sedia untuk dikunjungi oleh mereka2 yang akan mencari juadah berbuka esok.. cam kenduri kawen pun ader dah aku tgk.. kain rentang ucapan menyambut bulan ramadhan bukan main bersepah lagi kat pagar-pagar,  tepi bulatan.. tepi masjid.. meriah sungguh rasanya...

di shopping2 komplek tak kurang meriahnya.. persiapan untuk memulakan expo jualan hari raya akan bermula esok.. dalam tempoh sebulan ini peniaga-peniaga akan mengunakan setiap minit yang secukupnya untuk berniaga mencari rezeki.. memang saat yang paling menguntungkan buat mereka..

hotel-hotel pun tak kecuali gak join same nak meriahkan bulan puasa nie.. macam2 promosi bukak pose sampai sahur pun ader.. time nie lah rasanya kenduri paling meriah boleh korang tengok kat hotel.. bila azan bergema tu.. haa macam langau lah dewan makan dibuatnya... apa pun cara mana sekali pun kita sambut kita jgn lupa akan ibadat yang satu.. solat terawikh.. dan banyakan bersabar..


Monday, August 9, 2010

salam ramadhan al-mubarak...

tinggal beberapa jam jerk lagi untuk semua umat islam yang wajib akan menyambut bulan yang paling dinanti-nantikan, bulan dimana umat islam akan mengumpul ibadat sebanyak munkin untuk menampung apa yang tidak tertampung sepanjang tahun selepas ramadhan yang lalu.. kiraan detik bulan ramadhan akan sampai dipenghujungnya esok bila tarikh dan hari untuk melihat anak bulan ramadhan akan belaku esok.. 

so.. apa persiapan korang untuk ramadhan kali ini..?? dah buat ker time table untuk jadual buka pose dimana..?? dan rancang ker hari-hari untuk terjah bazar ramadhan yang sememangnya pesta makanan yang paling meriah kat malaysia nie.. atau munkin sudah ada yang memikirkan akan tema keluarga tahun nie nak pakai baju raya warna apa kan..??

murtabak, air tebu, ayam golek dan tepung pelita sudah pasti menjadi pilihan untuk berbuka.. bertapa syok gilanya bila seharian berpose dan mengira waktu berbuka bila melihat makanan dibazar ramadhan.. perghh terliur dibuatnya.. apa pun kita kena fikir juga.. jgn mengikut nafsu sendiri jerk.. cuba kita fikir sama pada mereka yang dalam kesusahan.. berdoalah untuk mereka.. dan bergembiralah dengan mereka..

akhir kata.. aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan mulia.. ramadhan al-mubarak pada sahabat2 mahu pun musuh dalam dan luar selimut semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelum ini..


* dah start dengar lagu raya kot!!!

Bye Bye BlackBerry...

Bersediakah anda mendengar kata putus dari kerajaan berhubung dengan kes pengharaman phone paling popular dimasa ini.. yang selama nie mengidamkan henpon bersaiz bagak nie boleh lah beralih kepada jenama lain sebab keistimewaan henpon sanggih nie bakal terkubur tidak lama lagi...

tapi adakah ia akan menjadi riality..?? susah bagi kita untuk mentafsirkan ape kejadahnya untuk kita masuk campur dalam hal-hal yang kita sendiri tidak tahu kan.. apa tah lagi yang tidak memakainya.. so.. diam-diam sudeh..

mengikut apa yang boleh disharekan disini pengeluar henpon nie telah melanggar syarat atau undang-undang henpon.. dimana ia telah memberi kebebasan luar biasa kepada pengguna henpon nie untuk berhubung dengan sebarang makhluk yang memiliki BlackBerry di bumi ini.. woahh!! gilew lah..

dan mengikut apa yang aku dengar dari cik bedah menyatakan dimana maklumat yang dihantar melalui henpon BlackBerry ini dikumpulkan dan wartakan kepada sebuah syarikat yang dilantik oleh RIM - pengeluar henpon nie ha.. so.. maklumat rahsia korang sudah berada ditangan orang lain..

segala mesej bbm dengan balak dan awek korang boleh dibaca oleh orang lain.. apa tah lagi yang berselingkuh..wakaka kantoi~!! tapi tu tak la nak diherankan sgt sebab aku lebih herankan jika semua maklumat penduduk bumi akan dikumpulkan oleh puak2 yahudi untuk menawan dunia ini dengan halusnya..

jadi berfikir sebelum memesej..ader betul aku tulis tu..?? hahaa...

http://www.thelegendsleague.com/blog/wp-content/uploads/2009/12/Photo-154.jpg

Tuesday, August 3, 2010

Anna Lesovaya


hari minggu hari tu dalam keadaan kebosanan tiba tertengok plak satu telemovie kat astro ria bertajuk "buta warna" layan punya layan terlihatlah awek cun yang berlakon dalam drama nie.. Anna Lesovaya nama beliau cukup comel, cantik dan sama waktu denganya.. model kacukan spain dan russia nie memang membuatkan aku tak jadi nak tido bile dah tgk citer tu.. walaupun cerita tu dah separuh jalan aku tetap nak tgk gak cerita nie sampai habis..

yang jadi hero plak bukan sebarangan awie tu haha jadi mat selenge dlm drama tu memang lawak tak ingat la.. tambah lak ngan jihan raja lawak yang memang cun habis dengan spek besar ala perempuan mental tak betul..hahaha serius lawak.. godek punya godek nie cerita arahan jihan miskin tak sangka lak mamat nie leh hasilkan drama semacam nie.. kreatif gak kepala otak dia...

wokeh berbalik pada gadis comel tadi Anna Lesovaya dia nie baru berusia 19 tahun jerk rupanya.. dan merupakan model antarabangsa yang berpangkalan di kuala lumpur wah~!! haha dia nie banyak gak outing shoot untuk majalah2 gempak kat malaysia dan luar malaysia.. nak cerita lebih pun aku bukannya tahu sgt pun beliau niekan.. kenal ape tah lagi hahaha.. ape pun syok tgk dia belakon~!! cayalah!!