Nuffnang Ads


Sunday, October 10, 2010

komen disebalik majlis perkahwinan angkasawan



Hola all.. semalam 10.10.10 beribu2 pasangan pengantin diseluruh negara inginkan tarikh semalam untuk melansungkan perkahwinan... semalam jugak lah tarikh yang dipilih oleh angkasawan pertama negara untuk melansungkan perkahwinan... tarikh yang hanya akan datang 100 tahun sekali sahaja.. kalo korang nak tunggu 100 tahun berikutnya 10.10.2110 silakan.. tak der sape marah.. tu pun kalo korang hidup lagi..

Tertarik habis!! teruja!! terkasima..?? terkejut beruk..?? dan pelbagai ter.. lagi yang dapat didengar keluar dari mulut majalah dan dada2 akhbar hari ini mengenai majlis perkahwinan angkasawan pertama negara.. korang plak ter..apew..?? aku cuba terkenyang jerk semalam.. sebab malam semalam masih ada yang buat open house.. sedang khusyuk melantak.. mak aku ajak balik sebab nak tgk live kat tv perkahwinan angkasawan nie ha.. nasib baik memang jenis melantak cepat.. so dapat la jamah kesemua lauk yang ada.. hahaha... itu jgn dinafikan boleh!!

Dah mak tgk tv.. aku pun layan la gak.. ape punya best nyer majlis kahwin sampai harus ader siaran langsung..  tengok jerk la.. dalam dok tengok tu banyak gak yang bermain difikiran nie sebenarnya.. haruskah majlis ini diraikan semacam itu..?? kot yer pun angkawasan agak2 la.. dia jadi angkasawan pun bukan kuar duit poket dia.. kerajaan kuar duit 20 juta buta2 hantar dia gie ISS untuk wat kajian 2 minggu jerk.. tu pun time naik roket live lagi tu.. terpikirkah korang dimalam hari raya tgk muke dia naik roket.. spoil dowh!! aku ingat.. kita munkin jakun dan teruja cam nak mati bile lihat rakyat Malaysia leh sampai ISS.. terapung2 makan rendang ngan lemang.. tapi jgn la kejakunan tu dibawa2 sampai mati.. takan nak harapkan pada seseorang itu utk disanjung sampai dia mati..??

Kalo dilihatkan majlis yang bertemakan majlis di kayangan tu lantak dia lah kan.. tu majlis dia.. dan itu dia punya suke.. tapi majlis tu nampak sgt cacat okeh.. kerana inginkan yang terbaik.. sampai jadi tak baik lak bile tgk.. permulaan pengantin masuk dalam dewan kita boleh kedengaran paluan kompang tak memang pertama kali aku dengar.. berterabur~!! kalo dengar betul-betul cam taik lembu jatuh ke tanah.. mula2 tgk pasangan pengantin memang best la.. memang sama cantek dan padan.. tapi kecacatan timbul bile pengantin perempuan kelihatan over sengih terlampau la.. kot yer pun dapat jadi datin jgn la sengih mengalahkan si lelaki yang terhengeh2 kat ko.. haha.. menjadi satu adat yang paling penting pada istiadat merenjis.. tapi semlm hanya kita dapat lihat mak bapak pengantin jerk yg merenjis.. so total 4 org jerk.. kecacatan timbul lagi bile sultan2 yang hadir hanya tgk dari meja makan.. bukan kah selalu tetamu diraja juga diberi peluang untuk merenjis..  
Secara kasarnya disini majlis ini tidak lah sehebat mana.. disebabkan mengejar majlis yang hebat dan perfect ... dia dah jadi satu majlis yang kalam kabut.... ok lah sampai disini dulu yer komen yang sempat aku berikan.. bukanya jeles atau iri hati.. tapi cuma kasi tahu apa yang ada didalam hati.. hehehe.. semoga encik angkasawan dan puan angkasawan hidup kekal ke anak cucu..next tarikh seterusnya 1.1.11 yeah~!!




Tuesday, October 5, 2010

"O Fortuna" dari puisi menjadi karya agung


Pernah tak korang dengar lagu "o fortuna" nie..?? nescaya aku pasti korang mesti pernah dengar lagu yang agak seram2 sejuk yang kadang2 boleh menaikan bulu roma korang larik meninggalkan kulit.. rentak dan alunan muziknya akan membuatkan orang terpaku untuk mendengarnya sampai habis.

"O Fortuna" adalah bahasa Latin abad pertengahan Goliardic puisi disusun pada awal abad ketiga belas, sebahagian daripada koleksi puisi yang dikenali sebagai Carmina Burana. Ini adalah keluhan tentang nasib, dan Fortuna, dewi dalam mitologi Rom dan personifikasi keberuntungan.


Pada tahun 1935-1936 "O Fortuna" tranfomasi oleh penggubah Jerman Carl Orff telah mengambil sebahagian puisi Carmina Burana. Ini adalah bahagian yang paling terkenal dan membuka dan menutup kitaran. penghasilan yang sungguh luar biasa telah membuatkan beliau menjadi antara seniman paling popular didunia. dan lagu ini telah diubah seberapa banyak kalinya.. tak terkire la yeop!!

Pada mulanya duration untuk lagu ini tidak sampai 3 minit pun.. tapi pelbagai versi telah dikeluarkan kadang2 ader yang meleret sampai 7 minit. lagu ini dimulakan dengan nada yang pelahan-pelahan  dan banyak pengunaan tekanan suara yang tinggi dan perlahan secara mendadak... diakhir lagu ini nada tinggi dilaungkan sekuat2 alam dan berakhir dengan cara tiba2.. saspen siot!!


korang nak hafal lirik dia..?? nah..!!
Latin English
O Fortuna
velut luna
statu variabilis,
semper crescis
aut decrescis;
vita detestabilis
nunc obdurat
et tunc curat
ludo mentis aciem,
egestatem,
potestatem
dissolvit ut glaciem.

Sors immanis
et inanis,
rota tu volubilis,
status malus,
vana salus
semper dissolubilis,
obumbrata
et velata
michi quoque niteris;
nunc per ludum
dorsum nudum
fero tui sceleris.

Sors salutis
et virtutis
michi nunc contraria,
est affectus
et defectus
semper in angaria.
Hac in hora
sine mora
corde pulsum tangite;
quod per sortem
sternit fortem,
mecum omnes plangite!
O Fortune,
like the moon
The state of which changes,
always growing
or decreasing;
Detestable life
now difficult
and then easy
Deceptive sharp mind;
poverty
power
it melts them like ice.

Fate—monstrous
and empty,
you whirling wheel,
stand malevolent,
well-being is vain
and always fades to nothing,
shadowed
and veiled
you plague me too;
now through the game,
my bare back
I bring to your villainy.

Fate, in health
and in virtue,
is now against me,
driven on
and weighted down,
always enslaved.
So at this hour
without delay
pluck the vibrating string;
since through Fate
strikes down the strong,
everyone weep with me!
 

itu cerita lama.. dont forget...



Ini cerita lama aku.. so ini tiada kena mengena dengan korang semua.. ia nya hanya sekadar coretan kisah silam yang harus aku ingat kembali supaya ia tidak hilang telan dek zaman. kawan sejati @ kawan karib memang akan buat korang happy sampai mati.. kalo boleh semua nak sharekan.. silap2 spender koyak pun dia gie bagi taw kawan dia tu.. sape..?? bukan aku.. aku saje kasi contoh!! hahaha....


Secara terus terang lagi bersuluh aku memang tak banyak kawan time sekolah.. bukan sekolah jerk kat rumah jugak.. salah satu sebab aku kurang kawan sebab aku selalu pindah sekolah.. selalu pindah sekolah bukan sebab jahat ok!! tapi sebab pindah rumah.. jadi ia berhubung kait dengan sekolah juga..

Minggu lepas aku jumpe kawan form 5.. dia wat open house.. habis sekolah sampai lah minggu lepas aku baru jumpe dia nie.. owh.. rupanya tidak berubah.. tak der perubahan.. jauh berbeza dengan aku.. haha siot!!
sila abaikan...!! kami org bertiga memang rapat habis.. pergi, balik sekolah same.. kadang2 ponteng sekolah pun rumah dia gak la.. sebab rumah dia besar..dan bilik dia belakang skali umah dia.. so memang port yang baik untuk menyorok.. harus diingatkan depan rumah dia plak rumah cikgu!! haha.. kenapa cikgu tu buat rumah depan rumah dia pun aku tak taw la..

Dan seorang kawan aku nie plak seorang yang baik tak ingat.. dia memang seorang yang berterus terang lagi bersuluh.. aku kawan dengan dia sebab ape pun aku tak taw... tapi dia best!! susah senang kite org bersama.. dan ari tu dia cerite balik cam mana kite org gie sekolah dengan moto kapcai dia.. owh.. aku hampir lupe.. ape perasaan manusia yang normal bile naik moto ekzos terabur tengah jalan..?? jgn pikir akan keadaan moto tanpa ekzos sila bayangkan bunyinya macam mana...?? memang orang utan akan mengamuk bila dengar.. ekzos moto dia memang selalu tercabut.. sampai aku kena tekan ekzos moto dia tu supaya dia senyap sket.. kadang2 haus tapak kasut sekolah dek ekzos tu..!! serius shit!! memang lawak.. hahaha...

Hehe..aku banyak lupe kisah time sekolah.. huhu ruginya... 

Dan skang semua dah ader kerjaya masing2.. alhamdulilah.. budak-budak setan dah jadi tokey.. ader banglow.. kete 4,5 bijik.. dah kawin.. beranak pinak bagai dah.. aku..?? ntah la labu... kenapa harus cerita pasal sekrang sedangkan aku sedang cerita pasal kisah silam.. ok.. cukup!! sila noktah.

 * kenapa merah jambu sangat nie.. tak der gambar lain kah..??  tak per.. jgn bocorkan rahsia aku suke bear okeh!!

* aku sambung lain kali kalo member aku tu cerita lagi pasal kite orang zaman dolu2.. hahaha...

Monday, October 4, 2010

Dimana Melayu..??



Assalamulaikum wbt.. helo korang-korang...
hari ini aku bukan nak berpolitik atau menjual minyak lintah..
tapi ada perkhabaran gembira buat orang melayu...
supaya orang melayu sedar akan diri sendiri...
jangan kata melayu..bagus sebab tanah melayu...
jangan kata melayu.. pandai sebab ada uitm..
jangan kata melayu..kaya sebab melayu tadbir kerajaan..
jangan kata melayu..baik jika bergaduh sesama sendiri...
 
itu baru mukadimah.. sebab fokus aku sebenarnya tentang coretan seorang sahabat yang sungguh bagus bila aku membacanya.. memang tidak dinafikan baris2 ayatnya memang benar belaka.. kalo nak ikutkan hati hang tuah memang kena pijak lah org yang menukilankan coretan ini.. tapi harus disedarkan hari ini.. itu lah melayu yang ada kini.. 
 
* bacalah dengan masukan ke dalam kepala otak kita masing2..
 
 
Mana boleh kutemui melayu,
Dikelab malam, disko dan dangdut kiambang biru,
Mana boleh kutemui Melayu,
Dilorong gelap jadi kupu-kupu
Mana boleh kutemui Melayu,
Merempit di jalan lurus di malam minggu,
Mana boleh kutemui melayu,
Di Jom Heboh dan pameran hantu,
Mana boleh kutemui melayu,
Di PWTC mesyuarat agung ampu mengampu
Mana boleh kutemui melayu,
di pasar malam dan juga pasar minggu,
mana boleh kutemui melayu,
di kedai mamak, melepak sambil tengok video haru biru,
mana boleh kutemui melayu,
di sungai buloh, dulunya penjara pudu..
cukuplah takat ni dulu...
 
* coretan oleh :

SALAM HORMAT:
SOBRI SUDIN.
Sumber: KEDAH TIMES

Best tak..?? semoga kita boleh sedar dan berubah.. jangankan besok atau lusa.. munkin kita tiada kuasa.. apa yang ada hanya keturunan.. yang tak dijaga.. dicaci dan dimalukan oleh bangsa lain.. owh malu!!

Friday, October 1, 2010

Blackberry Torch..!!!!



Rasanya masih belum hilang lagi kejakunan Iphone 4.. hari nie tiba plak satu lagi model hanset yang akan menambah kejakunan yang akan membuat pengguna-pengguna henset berfikir separuh mati nak pilih yang mana satu yang terbaik daripada yang terbaik.



BlackBerry Torch 9800 slide memang agak pelik bin ajaib bila ketamakan fungsi kecanggihan disumbat dalam satu edisi.. dah lah full touch screen boleh plak sumbat papan keyboard disebalik rekaan berbentuk slide gitu!! dan fungi yang akan menyebabkan iphone 4 tak laku sudah tentu.. blackberry nie dilengkapi dengan 3G..wifi selain aplikasi yang sememangnya menarik seperti facebook, myspace, bbm dan rakan-rakan yang sama waktu denganya.. tak cukup terkejutkah korang..??kalau belum terkejut tak per.. blackberry nie jugak dilengkapi dengan kamera 5 mega pixel diserikan lagi dengan LED flash yang cun!! harus diingat paparan screen blackberry tidak boleh dipertikaikan lagi memang super best!!
 
Dan.. pekara yang paling penting dalam sifat-sifat diatas sudah tentu.. harganya..?? kan..?? tak kan tipon sebagus nie jual seribu dua jerk kot..?? hahaha.. untuk maklumat korang harganya untuk pasaran Malaysia masih belum diputuskan lagi.. so.. boleh la start menabung skang...