Nuffnang Ads


Friday, August 5, 2011

Khairul Fahmi tak pegang tangan Dahlia Teck.. Tapi apek!!

 
Credit Photo : Oh Bulan~!


Tengok bulan puasa pun nak tambah dosa gak aku nie.. benda dah depan mata share jerk lah.. hemo hemo.. eh.. nanti aku update pasal tempat berbuka aku semalam bila tiba sahur nanti eh.


dahlia teck


Nie lah Dahlia Teck.. adoi nama dah macam family itek dah.. cute katanya..




Cute kew seksi..??

Ini bukan jari runcing lagi.. ini sudah semua runsing nie.. aochh!!!



Thursday, August 4, 2011

Bazar Ramadhan Sri Serdang.. Syurga Ayam Golek..!!!



Semalam aku sempat singgah ke Bazar Ramadhan Sri Serdang untuk melihat apa yang menarik disana.. lihat ok bukan beli..?? pukul 4 suku dah terjah Bazar ramadhan.. semangat la sangat.. tujuan utama bagi mencari pecal untuk pakcik yang menginap di Hospital Serdang. 

Setelah tawaf 2 kali sekitar Bazar akhirnya hampa kerana tiada seorang pun yang menjual pecal di Bazar ini. munkin tiada orang jawa kot di sini. haha.. Bazar nie terletak berhampiran dengan Balai Polis Sri Serdang dan Sekolah Sri Serdang.. dan berhampiran juga dengan Pintu belakang UPM.. jadi sudah tentu Student UPM ramai membeli juadah disini.





Memeng nampak tak ramai sebab baru jam 4. hehehe.. Nampak Ayam Penyet..?? oh tu ayam penyet Asli dari Indonesia okey!! memang asli.. tak caye beli..!!


Seperti Bazar2 lain kat sini juga korang leh dapat pelbagai makanan yang best-best.. dan paling banyak org berniaga ayam golek dan percik kat sini.. jumlahnya agak banyak berbanding dengan makanan lain. tidak kurang jugak Nasi Kerabu dn Nasi Berlauk..





Aksi kepak ayam madu yang membuatkan korang batal pose bila lalu depan dia hahaha...






Ada 2,3 gerai yang menjual Murtabak.. aku beli yang nie.. nampak sedap.. dan terasa Murtabak nya..





Ayam Madu Lagenda..





Reban ayam Golek yang memang terbaek.. menaikan semangat untuk memakanya...





 Kuih jugak tidak ketinggalan banyaknya.. semua nampak sedap.. haih memang semua sedapla bile time pose nie kan..




 Murtabak Hafiz lah yang paling popular kat bazar nie.. setelah aku beli 3 keping murtabak yang diatas.. baru aku nampak murtabak dia nie.. kecewa hoh!!





Kuih Lagi...



Nasi Lemak n Nasi Tomato..




Yeah Kebab nie pun nampak best..!!




 Memang Best kot!!





Nie lah juadah berbuka aku semalam.. hehehe penuh satu meja.. ape der hal.. kata berbuka.. hahaha..


Wednesday, August 3, 2011

Selero Nogori dan Nasi Padang di Amcorp Mall



Semalam aku tak sempat nak terjah Bazar ramadhan.. disebabkan cuaca lembab dek hujan lebat yang menuruni Petaling Jaya.. Kesesakan jalan raya juga penyumbang kepada kekecewaan untuk menerjah Bazar Ramadhan di Petaling Jaya.




Dan lokasi tempat berbuka semalam ialah di Restoran Selero Nogori di Amcorp Mall. kedai nasi padang yang memang punya identiti tersendiri. menarik dan yang lebih penting menyelerakan. Restoran yang terletak di aras 2 Komplek Amcorp Mall ini bukan lah asing bagi peminat nasi padang di sini kerana memang dia satu jerk yang menyediakan masakan minang ala padang yang terbaik dari ladang.




Kedai ini telah dikunjungi oleh crew Rancangan Jalan-jalan Cari makan.. jadi memang kena pada tempatnya.. sedap!!

 

Kedai ini bercirikan Kedai dalam Muzium.. susunan perabot didalamnya sungguh tak lari seperti makan dirumah sendiri.. rencana mengenai kedai ini dalam akhbar banyak di tunjukan pada dinding dalam kedai. ada juga jualan sampingan seperti gelang dan kuih raya..:)




Nie lah juadah berbuka untuk aku semalam.. nampak ramai di atas mejakan.. semuanya pada harga yang berpatutan. RM 30 pun tak sampai.!!



 


 Tu meja sebelah bukan main banyak lagi lauk.. yang dua org berdiri tu lah tuan punya meja.. Datuk Ismail Hudson dan Isterinya.. nampak seperti mereka ingin beredar.. datuk tak suke kerusi tu sebab sakit punggung katanya hahaha...




 Ayam Kampung Berbumbu.. yang paling tip top di sini..




Daging Dendeng kat sini jugak tidak mengecewakan.. 






Sambal Hijau dan Merah bersatu dalam satu piring.. nyummy..!!!





Sambal Sotong juga terbaek disini.. 





 Kelihatan seperti rumah sendiri.. dan rumah sendiri jugak tidak sekemas ini.. hahaha...





Kuih Raya nampak sedap!! kek Lapis sarawak pon ader...




Inilah hasilnya.. tidak meninggalkan kesan walau sedikitpun hahaha... 

Korang kena try!!


Tuesday, August 2, 2011

Bazar Ramadhan PKNS Shah Alam.. Karipap Dinosour..!!




Hari ini aku nak cerita pasal Bazar Ramadhan yang paling ramai awek di Shah Alam.. iaitu Bazar Ramadhan Komplek PKNS Shah Alam.. memang nisbah awek dengan juadah yang ada tu same banyak.. aku pun heran hahaha.. munkin disebabkan persekitaranya terletak di antara dua buah shopping  komplek yang sudah tentunya kebanyakan promoter disitu perempuan!



Nampak jerk sunyi sebab baru pukul 4.. cuba pukul 5 umak aih!! 

Tu belum masuk student2 cute uitm dan unisel yang membeli belah lagi.. banyak hoi!! lupakan pasal manusia itu.. jom cerita pasal makanan.. o yaa.. memang banyak!! macam-macam ada.. dari Nasi Kerabu sampailah ke Murtabak terbaik dari reban pon ada..




Karipap Dinosour : memang besar satu pinggan besarnya.. isinya pulak pelbagai serba mak nenek ada dalam tu.. sayuran dan telur rebus sebijik!! harga RM 3 sebijik.. jadi peminat karipap haruslah try.. 




Kambing Golek!! tak perlu terjah hotel atau restoran hebat2 untuk menyaksikan Kambing Bergolek.. disini rileks jerk dia golek tepi jalan..



 Setiap Bazar mesti ada Kuih Sampan a.k.a Tepung Pelita




Aku dah try Tepung Pelita kat sini.. terbaek ok... lemak berkrim disukai saya..!! 5pcs RM 2 harga standard persatuan peniaga kuih tepung pelita selangor.





Ada 2,3 orang jual Murtabak.. tapi hanya Murtabak Kota Anggerik nie jerk yang menjadi tumpuan.. yang beratur punya panjang nak menunggu..




Pandangan kuali Murtabak dari jarak 100 Meter.. kepala budak nie dalam 3 Meter dari tangan aku nak luku pala dia...




 Tukang Masak Murtabak pun tak kurang ramainya.. siap mengaku tak pose lagi.. syabas!!
Harga sebijik Murtabak ini RM 2.80 nampak mahal.. tapi sedap..




Nampak sibuk.. tapi kecekapan murtabak disiapkan tidak meletihkan org yang beratur..



Ayam Percik pun tidak kurang banyaknya.. sehingga susah nak buat pilihan.. memang ramai yg jual..




Disebabkan ketika ini musim cempedak.. jadi jgn la dianak tirikan goreng cempedak yang best nie..



Lokasi..?? belakang Komplek PKNS Shah Alam bertentangan dengan SACC Mall agak susah mencari parking dikala waktu puncak.. sebab ramai yang lebih rela kereta mereka dicalarkan dari trak dapat beli juadah berbuka.. sebab main ikut suka jerk parking tepi jalan.

Monday, August 1, 2011

Bazar Ramadhan Paya Jaras.. Tepung Pelita da Best..!!!


Sehari berlalu dengan pantas.. puasa bagai tidak rasa yang kita sedang menjalaninya.. cewah.. ayat alim fulamak tak hengat!! fokus utama dibulan puasa ini selain dari mengerjakan terawikh di Masjid-masjid terpilih.. Bazar Ramadhan adalah salah satu karnival jualan makanan yang harus dikunjungi apa bila dibulan puasa nie.

Hari pertama puasa.. aku berbuka bersama keluarga.. dan Bazar pertama aku terjah Bazar Ramadhan Paya Jaras..! terletak lebih kurang 2 km dari Bandar Baru Sungai Buloh. ditepi jalan besar dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor sememangnya Bazar ini menjadi tumpuan aku saban tahun.




Macam-macam ada!! itu jerk yang boleh cakap bila dah singgah kat sini.. dan makanan yang sedap-sedap-sedap memang banyak boleh diperolehi di Bazar nie. antaranya Kuih Tepung Pelita tebaik pernah aku jumpa.. tidak kurang jugak dengan Murtabak Utara yang memang lain daripada yang lain.



Kuih tak payah cerita la.. macam-macam ada.. dan korang boleh dapatkan kuih 3 bijik seringgit disini..!!!


 Kurma China..???



 Aksi dimeja Tepung Pelita..




 Nampak dari jauh pun sedap.. ape tah lagi bila masuk dalam mulut.. pergh!! nanges...


Kalau sekitar Bazar Ramadhan Sungai Buloh memang banyak cawangan Kuih Tepung Pelita nie.. jadi tengokkan bekas kuning tu bertingkat2 itulah dia.. 5 pcs RM 2.. tapi kalau rasa tak puas hati beli la 15 pcs baru leh makan sampai ke sahur.





Murtabak Utara.. aku tak sempat nak beli sebab nak beratur dia mengalahkan nak beli tiket bola sepak..




Apam Balik terbaik di Sungai Buloh.. Aneka Perisa Gaban semua ada.. aku beli perisa coklat.. tapi tak makan sebab kenyang gile.. dosa!





 Yang kat depan tu la Apam Manis.. hehehe Manisnyer apam ini... haaa....




Apam Coklat aku.. hehehe... nampak cam tak senonoh jerk.. tapi sedap!!!



Pulut Panggang a.k.a Pulut Udang kalau belah utara.. 4 batang sumbat dlm perut memang tak pandang dah Apam Coklat tu hahaha.. tuan kedai cakap Pulut ini khas dibeli a.k.a seludup dari Thai.. patut la sedap!!


Tidak cukup lagi nafsu makan tu kalau setakat jalan separuh Bazar jerk.. bila mula-mula datang tu memang niat habis mati dah nak jimat cermat dan tak terikut akan nafsu makan yang terlampau.. tapi bila balik.. kedua-dua tangan sudah rasa beban dosa terlampau yang sedang dipikul.. punya la banyak mak oi!!

Dan Bazar seterusnya.. nantikan hahaha.. munkin akan terjah Bazar sekitar Shah Alam esok.. nyum.. nyum..