Nuffnang Ads


Friday, December 31, 2010

Hey.. Happy New Year!!!

 
 
Assalamulaikum.. good morning all.. happy new year!!!
semoga tahun baru ini akan memberi harapan baru!!

2010 meninggalkan pelbagai cerita suka duka.. nak menaip nampaknya tak ada masa yang cukup buat masa sekarang tunggu jerk lah nanti aku update o yeh..!!

Thursday, December 30, 2010

Nur Fathia yang buat aku nak tengok "Hani"



Assalamulaikum.. hola all.. hari nie aku nak cerita pasal lain sedikit.. bukan pasal bola.. bukan pasal khairul fahmi atau pasal awek beliau.. tapi pasal awek yang belakon drama "Hani" yang sedang ke udara di TV3.. 




Pemilik nama Nur Fathia Abd Latif.. anak mami kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang ini telah muda mendapat tempat dikalangan pengarah-pengarah drama hebat negara.. punya pakej yang lengkap untuk menendang pelakon-pelakon lain yang sudah lama bertapak di dalam industri perfileman tanah air... oh boleh gitu..?? boleh!! 



Penglibatan minah ini dalam dunia seni aku tengok sejak dia jadi pelakon tambahan drama super best " Nur Kasih" lagi.. ia ibarat cinta pandang pertama.. sekali tengok.. mesti nak tengok lagi!! munkin sebab beliau nie banyak sangat darah campur kot tu yang jadi tak keruan bile menengoknya.. beketurunan arab campur bugis campur melayu penang plak.. memang hasilnya terbaik la kot!!



Di usia 23 tahun.. masih terlalu muda untuk dia pergi jauh.. dan masih jauh perjalanan.. pemilik sarjana undang-undang, uitm ini punya cita-cita menjadi primadona.. wah!! kelas kau..!! apa pun dah beberapa episode aku tengok citer "Hani" aku dah leh suka akan jalan ceritanya.. memang tak salah lah watak budak SPM yang si Fathia nie bawak.. okay.. go luck girl!! 






Wednesday, December 29, 2010

Apa guna juara kalau kalah.. Rio ferdinand ucap tahniah buat Malaysia


Apa pun Terima Kasih kepada skuad Harimau Muda negara kerana dengan berkat usha mereka berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama ke Kuala Lumpur. Tidak dinafikan prestasi bola sepak negara tahun ini tidak mengecewakan.. bertitik tolak dari memegang pingat emas sukan sea sehinggalah mara ke suku akhir sukan asia ia sudah cukup membuatkan peminat sukan bola sepak negara senyum kepuasan.



Komen aku mengenai perlawanan akhir ke 2 di stadium glora bung karno, jakarta :- 

lemah dan masih ditakuk lama.. 

sebenarnya tiada apa yang boleh dibanggakan dengan corak permainan tadi.. selain dari penjaga gol kebangsaan yang bertindak sebagai pemain keseluruhan kem negara. yang lain boleh dikatakan hampeh!! walaupun aku nie tak lah hebat mana pasal bola tapi dari apa yang aku lihat antara skuad garuda dan team Malaysia masih ada jurang yang perlu diperbaiki oleh K.Rajagobal. sekurang-kurangnya pada masa yang akan datang kita tidak lagi dipandang ringan oleh Negara-negara lain.

Aku pecaya Thailand masih lagi boleh gelakan Malaysia pada final kali ini.. apa tah lagi Vietnam.. jangan kita bangga dihalaman sendiri kalau di tempat lain kita jadi pengecut! pada babak Malaysia mendahulu 1-0 tadi aku dah boleh rasa bangga dengan skuad negara.. mana tak nya.. kalo lah Malaysia menang di tempat lawan dihadapan 80 ribu penyokong lawan.. dah kira hebat dah tu.!

Tak rasa malu kew bila kita menjuarai piala di gelanggang yang kita kalah..?? sedikit sebanyak munkin akan membuatkan media Indonesia mempunyai cerita yang best utk menyejukan rakyat mereka esok.. apa pun sekali lagi tahniah buat skuad harimau muda negara kerana telah menghadiahkan sesuatu yang manis buat rakyat Malaysia sebagai penutup tahun 2010!


Apa pun Rio Ferdinand yang sebelum ini menyokong Indonesia kini terpaksa menerima hakikat.. dari twitternya.. " Tahniah buat Malaysia yang menewaskan Indonesia untuk final piala suzuki.. saya pernah bermain bersama pasukan B23 Malaysia 18 Bulan lalu.. pasukanya boleh tahan bagus"@rioferdy5.


Aksi provokatif penyokong Indonesia masuk babak perang


Kurang 4 jam dari sekarang sepak mula antara pasukan Malaysia dan Indonesia akan bermula, ramai yang punya planning yang terbaik untuk menonton di mamak atau dirumah.. dalampada itu tempoh 24 jam sebelum permainan dimulakan pelbagai cara dilakukan oleh penyokong Indonesia untuk memberi tekanan kepada pemain-pemain Malaysia.. 


*kalau kat bukit jalil ader black maria.. kat bung karno ader si lipan!! hahaha..
Tindakan provokatif dari semalam boleh dilihat bila hampir 40 ribu orang bekumpul di padang latihan skuad bola sepak Malaysia di senayan.. dan akhirnya latihan itu terpaksa dilencongkan kesuatu tempat rahsia.. dan lebih dasyat ia mengambil masa hampir satu jam untuk sampai ke tempat latihan! mengalahkan tahanan perang plak.. bila diorg putus asa sebab tak dapat kacau pemain-pemain Malaysia diorg lepak plak depan hotel dengan membawa sepanduk dan menjerit-jerit mengalahkan isteri mereka disambar garuda.. 

* nie baru selak dikit mas.. nanti malam aku selak luas2 yaa...

Kisah beberapa pelakon Indonesia yang bersedia memakai coli ibarat laser sudah kita dengar semalam.. nampaknya laser di stadium bung karno lagi best!!.. belum dikirakan lagi dengan cuaca yang dikatakan hujan pada malam ini bakal menjadi satu lagi halangan buat pasukan negara.




7000 ribu anggota keselamtan akan siap sedia menjaga sekitar stadium glora bung karno malam ini.. 2,300 didalam stadium jumlah yang sama digunakan pada perlawanan di bukit jalil..



Dan tindakan paling biadap belaku di hadapan pintu masuk stadium apa bila penyokong tuan rumah memijak-mijak bendera Malaysia sebelum masuk ke stadium..

 * stadium bung karno senayan.. leh muat hampir 85 ribu orang

* kok lagi ngepel doank!!


Apa pun.. Rakyat Malaysia sentiasa berdoa kepada skuad Negara tanah tumpahnya darahku supaya membawa pulang trofi yang belum pernah lagi kita kecapi.. semoga anak buah K. Rajagopal tidak mudah menyerah kalah!! go.. Malaysia!!!


Tuesday, December 28, 2010

Mak Lampir sah hadir di Stadium Bung Karno esok

Selamat berjuang pewira bangsa
 
 
Memang minggu nie.. minggu bola agaknya dah 3 artikel pasal bola.. tak der benda lain nak taip dah.. fokus pasal bola mengalahkan aku terer sangat main bola.. padahal kaki bangku.. hahaha.. tak per sekurang-kurangnya semangat untuk menyokong team bola sepak kebangsaan sudah kembali mengalir dalam diriku.. tidak lah hanya menyokong team standard kampung (Liverpool) yang terumbang ambing bak retak menanti belah tu!!


Kurang 24 jam lagi kelibat pewira kebangsaan akan turun ke stadium keramat rakyat Indonesia untuk melengkapkan siri final sebelum membawa pulang Piala AFF buat pertama kalinya.. macam yakin habis plak kau nak bawak balik piala tu ke KL.. eh mestilah.. 3-0 kot!! kalo 1-0 haruslah nak kuar peluh gak meletakan harapan.. tapi bila diingat pada permulaan saingan kena belasah 5-1.. nampaknya kita kena berhati-hati.. 


Apa pun doa 27 juta rakyat Malaysia diharap mendapat restu dari tuhan untuk merealisasikan impian rakyat Malaysia yang sudah sekian lama sedih pasal bola sepak.. nie masuk final pun dah macam rasa main kat world cup.. aku tak taw la kalau betul-betul masuk world cup..

Buat skuad Harimau Malaya.. bermain lah bermati-matian.. jangan jadi Harimau dalam citer Labu Labi.. pulang ke KL tiada ekor.. malu nok! tunjukan yang semangat dan aura dari Bukit Jalil ahad lepas belum luntur.. biar pun Mak Lampir ataupun Sundal Bolong di Stadium Bung Karno jangan lupa kita ada Kak Limah yang lebih hebat dari Mak lampir
 
* mak dah siapin jamuan ringan untuk tim malaya.. cekodok sama bakso..

Semoga kita akan mendapat Hadiah Tahun baru yang cukup bermakna tahun ini.. semoga rangking pasukan kita akan naik bertangga-tangga kali ini.. semoga Nike taja lagi jersi kebangsaan tahun depan.. semoga Real Madrid pikir banyak kali nak datang Bukit Jalil tahun depan.. Ayuh!! Malaysia Boleh!
 
* Biar roboh kota melaka..
Jangan pula korang leka..



Monday, December 27, 2010

Bertapa "Palat" nya Media Indonesia

Assalamulaikum.. kisah kemenangan skuad K.Rajagopal sudah masuk babak ke dua.. bila Skuad Bola Sepak Negara tiba di Jakarta petang tadi.. tapi yang masih lagi meroyan adalah media-media Indonesia yang masih lagi mencurah minyak ke api akibat kekalah yang meraka alami malam semalam.

* semangat penyokong Malaysia semalam adalah yang paling hebat skali dalam kancah bola sepak negara.

Dari kes laser.. mercun.. terbaru kisah kawasan penjaga gol diorg ditabur dengan benda gatal pulak menjadi perhatian.. kalau iapun dah tak der isu nak kuar tak payah lah nak wujudkan cerita-cerita yang tak wujud..


 * kok gatai amat nih..

Kita jugak tahu yang sebelum ini.. kebanyakan kes gayang mengayang nie bermula dengan media indonesia yang sememangnya tak punya identity sebagai media.. aku percaya tempoh 24 jam sebelum perlawanan ke dua bermula ini pasti saat yang sangat bagus untuk media indonesia menyerang Malaysia..  

* aku dengar citer ariel pun tengok bola dalam jel semalam..canggil tol jel diorg nie..

Untuk rakyat Malaysia yang telah berjuang habis-habisan semalam.. kini tiba untuk kita mendoakan kemenangan skuad kebangsaan pada perlawanan rabu ini.. semoga Harimau Malaya dapat baham Garuda dengan kenyangnya di Stadium Glora Bung Karno nanti..

 



   

Sunday, December 26, 2010

Aksi Rosyam Nor di Stadium Bukit Jalil


* nie la rupa Ambri Yahya.. tak caye sudah!!

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan kerana dengan bangganya telah menghadiahkan sesuatu kemenangan bermaruah untuk rakyat Malaysia. dengan 3-0 di Stadium Bukit Jalil memang sesuatu yang sudah cukup untuk memalukan skuad Garuda!


Hampir 80 peratus Stadium dipenuhi dengan lautan Baju kuning!! tiket pun sold out! tapi agak buruk jugak melihat ada ulat2 tiket yang menjual tiket pada harga tinggi di saat2 akhir.. siap tunggu depan LRT lagi!! tiket harga RM 30 diorg jual RM 50!!

Aksi penyokong Malaysia harus dipuji kali ini.. semangat membara berjuang sebagai anak malaysia boleh dilihat dari dalam LRT lagi bila mereka dok menyanyi lagu2 patriotik.. nak nanges tgk mat rempit nyanyi lagu "gagah berani" dalam LRT.. hahaa.. aksi dalam stadium lagi hebat.. mercun dan bunga api telah membuatkan penyokong Indonesia berfikir banyak kali untuk bersuara.. 

Perlawanan lebih 100 minit berlangsung dengan pelbagai aksi yang tidak disangka-sangka.. sampai pada saat jurulatih indonesia hendak memboikot perlawanan dan menarik diri.. huh!! dia memang sengal!! corak permainan Malaysia pada babak pertama agak kurang menyakinkan.. tak banyak peluang gol dapat dibuat.. sehingga lah selepas perlawanan hendak ditangguhkan akibat jurulatih indonesia yang tidak berpuas hati sebab ada pancaran leser di tengah padang.. ahh fuck la.. mana ader leser2 nie semua.. bunga api ader la..

dan aksi Rosyam Nor pun bermula.. separuh masa kedua baru ku sedar pakcik yang bawak anak bini ramai2 siap dengan sedara lengkap dengan seragam jersi warna biru depan aku Rosyam Nor! pandai di cover hahaha.. ape pun aksi dia joget time goal tak sempat aku rakamkan.. lawak gak org tua nie.. tapi dia memang best! bawak anak isteri tengok bola.. lagi best.. dia siap sedekah burger lagi kat orang belakang.. hahaha.. cayalah!!

 * bro rosyam sowang je bediri.. aku pun pelik ape hal..


* gaya dia bersorak memang klakar habis!! tak macam castello langsung!!

 
 * bila dah 2 - 0 rosyam dengan tenang menyalakan rokok.. hahaha..

 
 * anak dara rosyam nor..





   

Friday, December 24, 2010

Lagenda budak bangang part 2

Inilah nukilan kilat yang terlitas untuk dikongsi.. sebelum basi baik aku kasi.. bukan pantun bukan puisi.. ikut pembaca selera sendiri..
 
 
 
Bukan sombong.. bukan iri hati..
Cuma sambungan cerita itu hari...
 
Mengayam ketupat di rumah tok wan
Hanya sambungan dari part one

Buah kelapa.. budaya kita..
Ada apa dengan wanita..

Buai laju-laju sampai negeri kedah..
buat apa pakai baju kalau dok dedah..dedah..
 
Tak cukup badai menimpa..
Tak cukup kain..sampai nampak peha..
 
Sayang seribu kali sayang.. 
Buat apa sembayang kalau dok asyik melayang..
 
Kehulur kehilir ke pulau pemanggil..
Ingat orang kebulur kalau korang bogel..??

Kelaut mencari ikan tenggiri..
Macam itu nak buat isteri..??

Lain padang lain belalang..
Boleh pandang-pandang.. boleh pegang jugak..

Ketiak berdaki.. mandaki gunung..
Lelaki tak rugi.. tapi makin untung..

Hang lekir.. Hang kasturi..
Hangpa pikir la sendiri...

Kombat menembak sambil belari..
Assalmulaikum.. jumpa lain hari..
 
 




    
 
 


Bila sakit gigi.. rasa nak bunuh orang pun ada..

 
Sedang elok menikmati malam yang dingin.. time tu jugak la gigi aku nie nak sakit.. bukan sebarang gigi yang mengadu kesakitan nie.. gigi garham.. dasar alexander graham bell betul lah.. aku pernah terbaca dan mendengar orang berkata yang sakit gigi merupakan antara sakit yang paling sakit dalam mana-mana sakit didunia nie.. dengan ini aku akuinya tanpa rasa sakit!!


Sakitnya boleh sampai ke kepala otak!! padahal gigi yang sakit.. otak leh jadi jem! mula la rasa nak tampar muka sendiri laju-laju.. kalau boleh suruh orang lempang tang sakit tu dengan rela hati suruh.. time dia sakit gile tu rasa nak bunuh orang pun boleh.. nasib baik orang lain semua dah tido.. kalo dah mesti boleh mati.. gila punya sakit..



Aku plak memang anti doktor gigi sejak zaman berzaman lagi.. jadi amatlah tidak pernah berjumpa doktor gigi selepas tamat persekolahan dulu.. kat sekolah pun jenuhla dok susun time giliran aku kena bile.. sebab nanti agak2 giliran aku tu.. bolehla aku tak datang sekolah... lepas satu bala kan tu..?? skang sakit sendiri tanggung.. asal plak nak sampai bunuh orang.. haih!!



Korang ada petua untuk hilangkan sakit gigi tak..??

lebih terujakan hummer H3 dari faizal tahir...



Selesai Anugerah Skrin Tv3.. ramai blog sudah menunjukan result nya.. dan kelainan persembahan penutup oleh "superhero" Faizal Tahir memang satu kelainan yang sangat dasyat.. dah macam klip video pon ada.. tapi aku dah boleh taw sesangat itu rakaman.. tak semudah itu kereta dok depan hentian putra dapat masuk sampai depan pentas dalam masa kurang 2 minit hahaa...



Apa yang lebih aku syok gile bila Faizal tahir duduk dalam my dream car!! Hummer H3 walaweyy... wa puja separuh mati nak kan kereta gagah berani itu..  harga pasaran untuk mendapatkan kereta idaman aku itu ialah RM 494,000,00 haa.. nampaknya dah ader penurunan sedikit.. tapi aku terpaksa tunggu 30 atau 40 tahun lagi untuk mencapai harga yang aku mampu.. boleh..?? boleh!!




Ni sedikit keperibadian Hummer H3...

  • 239 hp Vortec 3.7L I-5 engine with variable valve timing earned 11.4 L/100 km (25 mpg) highway and 15.6 L/100 km (18 mpg) city ratings**
  • 5-speed manual transmission; Hydra-Matic 4L60-E 4-speed automatic transmission available
  • 2-speed electronically controlled full-time 4WD system
  • Electro-hydraulic power 4-wheel disc brakes with a 4-wheel anti-lock braking system (ABS) and Dynamic Rear Proportioning
  • Brake-controlled, full-function traction control system with single-wheel control capability
  • StabiliTrak™ electronic stability control system with hill assist feature
  • Dual frontal air bags with Passenger Sensing System, plus head curtain side-impact airbags
  • Air conditioning
  • Front bucket seats with driver’s manual lumbar adjuster
  • 60/40 divided rear seats
  • 6-speaker electronically tuned (ETR) AM/FM stereo with a single-disc CD player


So.. sape-sape yang sudah memiliki Hummer H3 nie kasi taw la sama aku.. aku nak tumpang naik hehe.. Tahniah pada pemenang..!! Lisa i Love u.. lawa sungguh dengan baju wana merah..

Thursday, December 23, 2010

Christmas datang lagi...




Happy Christmas Day buat yang beragama kristian.. semoga tahun baru yang tiba ini akan memberi seribu satu makna bagi anda.. beringatlah dan berdoa akan kesejahteraan semua umat didunia ini supaya tidak leka dengan hanya mengejar benda-benda didunia sahaja.

Kalau di Europah kalau time krismas nie sudah pasti jualan murah pasti menjadi satu budaya yang memang ditunggu-tunggu oleh semua orang.. kat Malaysia pun apa kurangnya.. banyak shopping-shopping complex dah lame bersiap sedia menawarkan jualan murah gaban untuk pembeli.. hanya sediakan wang saja.

Bagi mereka yang masih cintakan agama sudah pasti malam ini dan esok digunakan untuk ke gereja menunaikan kewajipan.. itulah tempat bagi mereka menyesali apa perlakuan dan benda-benda yang tidak elok sepanjang tahun. 

Kita di Malaysia sangat bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan lain-lain bangsa.. terasa sangat bersyukur sekarang.. mana ada negara lain didunia seperti Malaysia.. pergi la Jepun kew.. Korea kew.. Ingland kew.. tak der nyer semeriah di Malaysia..

Skali lagi dengan rasa persahabatan.. aku mengucapkan selamat menyambut hari natal buat Teman-teman yang menyambutnya.. 

*teringat plak aku kat iklan raya TV3 aritu.. jom tengok!!


nie baru betul-betul satu Malaysia!!!




   

 

Final Piala Suzuki AFF.. Harapan rakyat Malaysia


Lebih kurang 72 jam saja lagi.. gelanggang final piala suzuki akan bermula.. 24 jam kaunter tiket dibuka berlalu hampir separuh daripada 95 ribu tiket untuk perlawanan akhir telah habis dijual.. dan hampir 20 ribu tiket berharga RM 50 awal2 pagi lagi sudah habis.. bersemangat gile rakyat Malaysia kali ini.. walaupun harga tiket naik RM 10 tapi tetap sanggup kuar duit demi memberi seribu harapan pada 11 orang pemain yang akan beraksi diatas padang.



Apa harapan Rakyat Malaysia kali ini..??

Walaupun Piala AFF nie tak lah sehebat Piala Asia ape tah lagi Piala Dunia tapi Rakyat Malaysia masih mengharapkan sesuatu yang terbaik dari skuad bola sepak di peringkat asia tenggara.. jangan musnahkan harapan 75 ribu penyokong Malaysia yang akan turun ke Bukit Jalil ahad ini.

Kami tidak mahu kalah digelanggang sendiri.. biar keputusan itu seri sekali pun asal jangan sampai kalah.. kalau menang tipis sekali pun ia sudah cukup untuk bekalan yang akan dibawa ke Jakarta untuk perlawanan ke dua nanti.. kalau menang besar itu sudah satu bonus untuk skuad kebangsaan.



Berikan Rakyat Malaysia hadiah krismas.. jangan berikan air mata untuk mereka.. berikan mereka senyuman penutup 2010.. bukan kesedihan dihujung tahun... sudah banyak kali kami kecewa.. kali ini kami mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini.. tunjukan pada mereka dengan anak jati tulen Malaysia.. kita mampu jadi Juara..

Bermainlah dengan semangat kesukanan.. ingatkan Negara.. bukanya Imbuhan.. 90 minit ibarat perang menebus maruah.. kalah 5-0 dipermulaan saingan bukan bermakna kita lemah.. semoga anak buah K. Rajagopal dapat berikan sinar senyuman buat Rakyat Malaysia..



* Jangan sampai balik Malaysia naik tongkang sudah...

mencari teman yang sejati.. sehidup.. semati..



Ku cari bukan lawan...
mencari kawan buat teman...

Ku cari teman sejati..
boleh ku bawa sehidup semati..

Ku cari damai abadi..
semoga kekal abadi..

Ku cari bukan musuh..
teman hidup.. penyeri hati...

Yang ku cari kekasih hati..
dapat memberi zuriat.. penyambung tradisi..

Bukan rupa yang menjadi ukuran...
hanya kesusilaan menjadi sandaran..

Biar mulut orang berkata..
jangan sampai mendapat dosa..

Biar tidak kerana hati..
janji dapat menyejuk hati..

Hati redup sentiasa kembali...
biar hidup.. sehidup semati..

Wednesday, December 22, 2010

Rapat Umum Geng Blogger!!


Satu lagi perjumpaan geng-geng blogger akan diadakan di Berjaya Times Square.. sangat berjayanya time square sampai 2 kali dah menjadi host tempat ahli-ahli lepaking.. Majlis pada kali ini anjuran Melz Romeo pujaan Malaya.. apa lagi geng-geng blogger yang asyik teperap dirumah.. luangkan masa anda untuk ketemu dengan orang-orang dari plenet lain.. jangan asyik dok kat umah jerk..

Menurut penganjur tema sempoi-sempoi.. so.. tak payah lah korang beriya nak gie wat rambut.. facial bagai.. bangun2 tido terus pergi pun tu dah kire sempoi habis.. Maklumat lanjut bolehlah korang tengok pada pemplet tu ha..


Tuesday, December 21, 2010

Selamat hari jadi... Din Beramboi...



Hari nie genap 45 tahun umur pelawak paling aku kagumi di Malaysia..
Hari-hari gelak tawa itu kini hanya tinggal kenangan..

 
Tiada lagi kisah "drama sebabak" diradio..
Tiada lagi "sawan cara" untuk berhibur..

Beliau pergi meninggalkan cerita...
Cerita gembira, gelak tawa untuk rakyat Malaysia..

Belum tentu ada penganti.. sehebat beliau..
Susah senang beliau... hanya untuk buat orang gembira..


Din Beramboi.. satu nama..
Mior Ahmad Fuad Mior Badri.. suatu kenangan..
Selamat Hari Jadi Sahabat..
Semoga..
Kekal Abadi disanubari...

Al-Fatihah...






     



3 tahun 10000 follower..?? bukan!! pageview!!



Tinggal beberapa hari saja lagi belog aku akan sambut besday yang ke 3 tahun.. bukan 30 tahun.. tapi 3 tahun!! dan beberapa lagi diperlukan untuk cukupkan pageview 10000.. kalau hanis zulaikha punya belog sehari org view sampai 16 ribu aku boleh berbangga dengan 10 ribu pageview utk 3 tahun..!! ko ader..?? hahaha...

jom tgk gambar yang melibatkan 10 000..





   

NANTI KALAU DAH 100 000 BARU RASA KEINGINAN NAK WAT CONTEST HEHE.. THANKS ALL~!!